Jaga Aurat Anda..Wanita Islam Wajib Fahami Hukum Dan Adab Menyusu Anak Di Tempat Terbuka
Jaga Aurat Anda..Wanita Islam Wajib Fahami Hukum Dan Adab Menyusu Anak Di Tempat Terbuka
MENYUSUKAN anak adalah antara pengalaman terindah bagi seorang ibu. Buat insan yang bergelar ibu, inilah anugerah tidak ternilai yang Allah berikan kerana berlaku ikatan kasih sayang antara ibu dan anak serta hubungan antara mereka lebih erat semasa proses penyusuan.
Susu ibu bukan sahaja susu yang terbaik dan paling sesuai untuk anak yang dilahirkan, malah susu ibu sangat diperlukan untuk tumbesaran fizikal si anak.
Menurut Islam, penyusuan anak merupakan suatu perkara yang dianjurkan oleh agama kerana ia menjadi asas kepada kelangsungan hidup seorang anak. Terdapat pensyariatan sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.”
Baru-baru ini tular isu berkenaan seorang ibu yang menyusukan anak di tempat awam dan timbul reaksi negatif berkaitan dengan auratnya daripada masyarakat.
Isu penyusuan di tempat awam ini adalah isu yang seringkali dibangkitkan. Antara isunya ialah berswafoto semasa menyusu dan muat naik di media sosial. Perbuatan seperti ini tidak hanya dilakukan oleh orang bukan Islam, tetapi ada juga orang Islam yang melakukan perbuatan ini walhal ia bertentangan dengan adab penyusuan dalam Islam.
Penggunaan nursing cover boleh digunakan.
Dalam Islam, martabat dan maruah wanita dijaga dan diletakkan di kedudukan yang tinggi dalam apa juga perkara selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak. Wanita juga sangat dituntut untuk menjaga aurat mereka. Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:
Menutup aurat dalam Islam adalah wajib. Sabda baginda Rasulullah: Maksudnya: “Wahai Asma’, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tidak patut baginya menampakkan bahagian tubuhnya kecuali ini dan ini (baginda menunjukkan muka dan telapak tangan).” [HR Abu Daud 4104]
Berdasarkan dalil Al-Quran dan hadis Rasulullah, jelas bahawa wanita hendaklah memelihara aurat mereka dari pandangan orang bukan mahram. Wanita juga dinasihatkan agar tidak membuka ruang fitnah yang boleh menjatuhkan maruah seorang wanita dalam apa juga keadaan.
Namun, sejauh manakah kefahaman masyarakat terutamanya yang bergelar ibu, menjaga adab dan aurat ketika menyusukan anak?
Justeru, terdapat solusi dan adab-adab dalam Islam yang boleh diikuti oleh para wanita terutamanya yang bergelar ibu utnuk menyusukan anak. Antara adab-adab tersebut ialah:
1. Cari tempat sesuai
Tempat yang selesa dan sesuai penting bagi ibu yang ingin menyusukan anaknya di tempat awam. Jika terdapat ruang khas untuk menyusu contohnya di pusat membeli-belah, maka lebih baik ke tempat tersebut.
2. Pakaian sesuai
Pakaian juga penting untuk memudahkan dan memberi keselesaan untuk ibu yang menyusukan anak. Pakai pakaian khas untuk menyusu dan bawa kain yang boleh menutupi semasa menyusukan anak seperti nursing cover, penggendong bayi atau kain labuh.
3. Menjaga aurat semasa menyusu
Para ibu hendaklah berusaha untuk menjaga aurat ketika menyusukan anak di tempat awam seperti labuhkan tudung dan menyorok sedikit masa anak mula menyusu supaya lebih sopan dan tidak terdedah aurat.
4. Membaca “Bismillah”
Mulakan sesuatu perkara dengan Bismillah. Bacalah “Bismillah” dan doa untuk anak sebelum menyusu.
5. Mulakan susuan sebelah kanan
Adab dalam mengerjakan kebaikan adalah dimulakan dari anggota kanan seperti masuk masjid, berwuduk, makan tangan kanan dan sebagainya.
6. Berzikir sambil menyusu
Banyakkan berzikir ketika menyusukan anak. Hal ini memberi aura positif pada anak yang menyusu supaya mendapat manfaat penyusuan yang sebaiknya.
Oleh itu, pemahaman dan kesedaran umat Islam berkaitan penyusuan ibu kepada anak di tempat awam amat penting. Islam tidak melarang seseorang ibu menyusukan anak di tempat awam selagi tidak mendedahkan aurat kerana pendedahan aurat adalah haram untuk tontonan umum dan ia merupakan isu yang perlu diambil berat.
Menyusukan anak di tempat awam hukumnya harus dengan syarat aurat seorang ibu terpelihara dan tertutup. Selagi para ibu memenuhi syarat ini dan mengikut adab penyusuan yang betul, maka tiada masalah untuk seorang ibu menyusukan anak di mana pun mereka berada.
***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook
Jaga Aurat Anda..Wanita Islam Wajib Fahami Hukum Dan Adab Menyusu Anak Di Tempat Terbuka
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kita ada satu lagi spesies katak istimewa, sindir Azalina
- Reputasi bertaraf dunia faktor Sapura Energy layak diselamatkan
- Yasin beritahu Syed Saddiq segerakan kelulusan ganja untuk perubatan (Video)
- Saya tak bersuara ketika itu sebab Sapura bukan syarikat GLC, Najib beritahu Rafizi
- Telinga, Muka Pelajar Ini Terkoyak Diserang Anjing Dengan Lebih 800 Gigitan
- Pensyarah bantu pelajar B40 beli laptop siapkan tesis akhir
- ‘Hubungan Pas-MN, Ibarat Kita Duduk Baik Dengan Bini Kita’ – Idris
- Bumi Tak Bergerak, Kenyataan Ustaz Kazim Buat Netizen ‘Speechless’
- Limosin Putin Direka Seperti ‘Kubu Mudah Alih’ Bernilai Hampir RM800 juta
- Bella beritahu dia diikat, dicili, dijirus air panas: Saksi
- Pelakon Zarina Anjoulie Mengaku Ambil Dadah
- Mengapa Rasulullah s.a.w. Anjurkan Bermusafir Pada Waktu Malam?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]