PH Dan Mahathir Rancang Aniaya Najib Di Mahkamah?



Oleh Nurul Aishah

RAKYAT Malaysia sememangnya tahu bahawa Datuk Seri Najib telah dianiaya dengan siri tuduhan dan dakwaan palsu yang dirancang oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika mereka memerintah selama 22 bulan.

Cuma rakyat Malaysia tidak tahu bagaimana perkara ini akan didedahkan kepada umum beserta dengan bukti-bukti kukuh. Sebagaimana yang kita tahu bangkai gajah tidak mungkin akan dapat ditutup selama-lamanya.

Semalam Bekas Ketua Audit Negara Madinah Mohamad bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Kabinet PH telah memutuskan Najib Razak bersalah walaupun sebelum beliau didakwa atas pertuduhan meminda laporan akhir audit 1MDB.

Madinah, 66, berkata demikian ketika disoal balas peguam Shafee Abdullah, dalam perbicaraan kes dihadapi Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, atas dakwaan meminda laporan akhir audit 1MDB.




Shafee: Tan Sri, anda menghadiri mesyuarat Kabinet untuk memberi taklimat pada 23 Nov 2018. Anda tahu, orang yang menghadiri mesyuarat itu ‘tidak begitu mesra’ dengan anak guam saya seperti Lim Guan Eng, Tun Dr Mahathir Mohamad, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamad Sabu dan sebagainya.

Anak guam saya telah didakwa pada 12 Dis 2018, dua minggu selepas mesyuarat. Saya cadangkan kepada anda bahawa hasil taklimat anda kepada Kabinet PH, Kabinet memutuskan bahawa anak guam saya bersalah walaupun sebelum didakwa. Ya atau tidak?

Madinah: Boleh saya jelaskan, Yang Arif?

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan meminta saksi menjawab soalan Shafee kerana beliau boleh menjelaskannya semasa pemeriksaan semula.

Madinah kemudian menjawab, “Yang Ariff, mengikut minit ini, ya”.




Ini bermakna kerajaan PH yang ditunjangi Mahathir dan DAP telah merancang untuk mengenakan Datuk Seri Najib di mahkamah. Sebagaimana yang kita tahu beliau tidak mahu kes beliau digugurkan sewenang-wenangnya. Datuk Seri Najib hanya mahukan perbicaraan yang adil di mana hakim tidak dipengaruhi oleh Mahathir dan DAP yang sememangnya mahu menganiaya beliau. Kredibiliti hakim yang bertanggungjawab perlu diperiksa secara terperinci bagi memastikan perbicaraan yang telus dan adil dilaksanakan.



Leave a Reply

Your email address will not be published.