WHO keluar pelan terkini COVID-19 henti fasa darurat

WHO keluar pelan terkini COVID-19 henti fasa darurat

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan pelan terkini COVID-19 yang menggariskan strategi utama, di mana sekiranya dilaksanakan pada 2022 akan membolehkan dunia menamatkan fasa darurat akibat wabak itu.

Pelan itu mengandungi tiga kemungkinan bagaimana virus berkenaan boleh berkembang pada tahun ini.

“Berdasarkan apa yang kita tahu, kemungkinan yang bakal berlaku adalah virus COVID-19 akan terus berkembang, namun kesan penyakit itu bakal berkurangan disebabkan peningkatan imuniti hasil vaksinasi,” menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Dalam kemungkinan paling asas, penularan wabak itu akan berkurangan, namun berlaku lonjakan berkala disebabkan penurunan immuniti.

Sehubungan itu, suntikan penggalak mungkin diperlukan bagi individu berisiko, selain itu, virus berkenaan berkemungkinan akan menjadi corak bermusim yang memuncak ketika musim sejuk, seperti influenza.

Dalam senario terbaik WHO, varian yang bakal muncul adalah tidak terlalu teruk dan perlindungan daripada penyakit berbahaya mampu bertahan lama.

Oleh itu, tiada keperluan untuk dos penggalak atau perubahan ketara pada vaksin sedia ada,” katanya.

Bagi senario terburuk, virus itu berubah menjadi ancaman baharu yang mudah berjangkit dan mengancam nyawa.

Dalam senario ini, vaksin adalah kurang berkesan dan imuniti daripada penyakit berbahaya dan kematian akan berkurang dengan pantas, sekali gus memerlukan perubahan besar kepada vaksin sedia ada selain kempen meluas untuk dos penggalak bagi kumpulan berisiko.

Bagi membantu menghentikan darurat, WHO menyeru semua negara untuk meneruskan pemantauan virus bagi mengenal pasti tanda amaran awal membabitkan perubahan ketara virus.

WHO juga meminta pengesanan COVID-19 yang lebih baik untuk mengesan dan mengurangkan ketidakupayaan jangka panjang selepas wabak berkenaan berakhir.

WHO akan terus mempromosikan matlamat 70 peratus vaksinasi dunia terhadap COVID-19 dan memberi fokus kepada mereka yang paling terdedah kepada kesan teruk.

Laporan itu mengakui bahawa vaksin semasa terbukti kurang berkesan daripada yang diharapkan untuk mengurangkan varian Omicron, tetapi menyatakan sasaran itu kekal relevan.

Sehingga akhir Mac 2022, lebih 11 bilion dos vaksin COVID-19 diberikan secara global.

Namun kira-kira 36 peratus daripada populasi global masih belum menerima dos pertama. BH

WHO keluar pelan terkini COVID-19 henti fasa darurat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker