Uncle Kentang lancar kedai makanan dan barangan RM1

Uncle Kentang lancar kedai makanan dan barangan RM1

PUCHONG: Pengasas Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia, Kuan Cheng Heng atau lebih popular dengan gelaran Uncle Kentang hari ini melancarkan Kedai dan Kafe Anda di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Perindustrian Puchong.

Jelasnya, inisiatif dengan kolaborasi Prasarana Malaysia Berhad dan Prasarana Intergrated Development Sdn Bhd (PRIDE) itu membuka ruang kepada golongan memerlukan mendapatkan barangan keperluan asas serta makanan dan minuman dengan harga hanya RM1.

“Ini adalah Kafe Anda dan Kedai Anda, inisiatif ini dilancarkan sebab ramai di antara penduduk Malaysia mengalami cabaran yang hebat selepas pandemik, ada yang susah.

“Kita dah berbincang dengan Prasarana Malaysia dan PRIDE, kita harus tunjuk satu tempat yang mudah untuk orang mengambil barangan makanan dan mendapatkan makanan. Ini kedai dan kafe pertama, kita harapkan orang ramai boleh datang sini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Kafe dan Kedai Anda bersama Ketua Pegawai Eksekutif PRIDE, Firdaus Effendy Mokhtar dan Timbalan Ketua Pegawai Komunikasi dan Pemasaran Prasarana, Rafizah Amran di Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong pada Khamis.

Ujarnya, fokus diberikan kepada rakyat Malaysia yang terkesan dan tidak mampu mendapatkan makanan akibat kesempitan hidup.
Menu yang disediakan adakan makanan ringan antaranya Maggi, telur separuh masak, roti, nasi lemak, bihun goreng dan sebagainya dengan harga RM1.00.

“Fokus kepada rakyat Malayisa, jika mereka lapar dan tiada wang, atau sesak sebab tengah bulan kan belum gaji lagi, jadi mereka boleh datang ke sini.

“Kita ada sponsor, kita gunakan duit itu untuk beli barangan makanan, untuk barangan asas kita ada senarai untuk dapatkan barangan setiap bulan.

“Segala kos ditanggung bersama, sebab rezeki harus dikongsi bersama, jika tidak dikongsi kita jadi bakhil dan rezeki terbatas,” katanya lagi.

Selain barangan keperluan asas dan makanan, turut ditempatkan peralatan kesihatan untuk digunakan golongan tidak berkemampuan.
“Di sebelah Kafe Anda dan Kedai Anda, adalah stor kita letakkan katil dan peralatan hospital, dimana ada pesakit keluarga mereka tidak tahu mana boleh dapatkan bantuan.

“Selain ambulans, kita juga menyediakan peralatan hospital. Kita harus bantu mereka,” ujarnya lagi.

Sementara itu, bagi Ketua Pegawai Eksekutif PRIDE, Firdaus Effendy Mokhtar, usaha murni itu amat dialu-alukan pihaknya dalam membantu golongan memerlukan di negara ini.

Ujarnya, sewa yang dikenakan pada kadar minima untuk memastikan lebih ramai yang berkemampuan dapat membantu mereka yang terkesan.
“Kami memang mengalakkan kerjasama Persatuan Uncle Kentang dalam usaha membantu rakyat golongan B40 yang amat terkesan.

“Pada masa sama kami akan melancarkan pakej dapat membantu SME yang ada dalam memulakan perniagaan di retail space yang ada dengan pakej sangat rendah. Siapa-siapa berminat boleh berhubung dengan Prasarana dan PRIDE,” jelasnya. Awani

Uncle Kentang lancar kedai makanan dan barangan RM1


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker