Tiga pegawai Mara Corp akan dituduh dalam masa terdekat – SPRM
Tiga pegawai Mara Corp akan dituduh dalam masa terdekat – SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan dan menyerahkan hasil siasatan kes tiga pegawai Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp) yang terlibat salah guna kuasa dan salah urus syarikat kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya yakin ketiga-tiga suspek berkenan akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.
“Kita telah melengkapkan siasatan mengenai dakwaan salah guna kuasa dan salah urus Mara Corp dan telah kemukakan kepada AGC sebelum ini. Jadi, kita akan tunggu keputusannya tidak lama lagi.
“Saya percaya keputusannya nanti akan berakhir dengan pertuduhan kepada pihak yang kita cadangkan. Yang terbabit itu tiga orang, namun kita serahkan kepada AGC untuk menghalusinya lagi sama ada tiga dipertuduhkan atau sebahagian daripadanya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Khusus Asas Pegawai SPRM Siri 25 Bilangan 1/2021 (Penolong Penguasa Gred P29) di Padang Kawad, Kompleks SPRM Johor di sini, pada Khamis.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Junipah Wandi.
Azam sebelum ini dilaporkan berkata, setakat ini hanya lima pegawai kanan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu dipanggil untuk dirakam keterangan. Awani
Tiga pegawai Mara Corp akan dituduh dalam masa terdekat – SPRM
Baca Artikel Menarik:
- Kita ada satu lagi spesies katak istimewa, sindir Azalina
- Reputasi bertaraf dunia faktor Sapura Energy layak diselamatkan
- Yasin beritahu Syed Saddiq segerakan kelulusan ganja untuk perubatan (Video)
- Saya tak bersuara ketika itu sebab Sapura bukan syarikat GLC, Najib beritahu Rafizi
- Telinga, Muka Pelajar Ini Terkoyak Diserang Anjing Dengan Lebih 800 Gigitan
- Pensyarah bantu pelajar B40 beli laptop siapkan tesis akhir
- ‘Hubungan Pas-MN, Ibarat Kita Duduk Baik Dengan Bini Kita’ – Idris
- Bumi Tak Bergerak, Kenyataan Ustaz Kazim Buat Netizen ‘Speechless’
- Limosin Putin Direka Seperti ‘Kubu Mudah Alih’ Bernilai Hampir RM800 juta
- Bella beritahu dia diikat, dicili, dijirus air panas: Saksi
- Pelakon Zarina Anjoulie Mengaku Ambil Dadah
- Mengapa Rasulullah s.a.w. Anjurkan Bermusafir Pada Waktu Malam?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]
Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya