Tentera Rusia musnahkan 124 pesawat milik Ukraine

KIEV – Tentera Rusia melakukan serangan ketepatan tinggi sehingga mampu memusnahkan sebuah sistem peluru berpandu S-300P di negara berkenaan, baru-baru ini.

Video yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Rusia itu menunjukkan kedudukan sistem peluru berpandu S-300PS mudah alih yang musnah dan terbakar serta serpihannya yang bertaburan setelah terkena tembakan tepat tersebut.

Rakaman itu turut memaparkan pos arahan dan kenderaan pemunggah terbakar serta menara sistem yang rosak.



Pada Rabu lalu, jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov berkata, sebanyak 124 pesawat dan 77 helikopter, 321 dron, 214 sistem peluru berpandu antipesawat dan 1,750 kereta kebal serta kenderaan berperisai telah musnah sejak pelancaran operasi ketenteraan khas Tentera Rusia dilakukan.

Turut ditembak jatuh ialah sebuah pesawat Su-400 milik Tentera Ukraine semasa pertempuran udara di kawasan Tumen, wilayah Roven berhampiran sempadan Ukraine-Belarus.

Menurut Konashenkov, sistem pertahanan udara Rusia juga memusnahkan 10 pesawat tanpa pemandu milik Tentera Ukraine di kawasan Izyum, Novaya Kakhovka, Donetsk, Nikolaev, Berdyansk, Gorlovka, Lugansk dan Rubizhnoe dalam tempoh sehari.

Tentera Rusia menyerang Ukraine atas arahan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada 24 Februari lalu. – Agensi



Tentera Rusia musnahkan 124 pesawat milik Ukraine

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)



Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker