Rakan disangka hantu mati kena pukul
Rakan disangka hantu mati kena pukul

BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Khon Kaen, timur laut Thailand ditahan kerana memukul rakannya hingga mati dengan tukul selepas menuduh mangsa ialah Phi Pop iaitu hantu kanibal dalam cerita rakyat Thai, lapor laman berita Thaiger.
Kejadian berlaku semasa suspek dan mangsa minum minuman keras bersama-sama. Mangsa meninggal dunia di hospital selepas dipukul kira-kira 20 kali.
Polis dipanggil ke pondok di sebuah ladang di daerah Nam Phong, kira-kira pukul 5 petang (waktu tempatan), Rabu lalu. Tertuduh yang dikenali sebagai, Wichan, 59, dijumpai di tempat kejadian dan ditahan tanpa cuba melarikan diri.
Ketua balai polis Nam Phong, Kolonel (Polis) Chumphon Buachum berkata, Wichan dan rakannya Banjong, 57, minum minuman keras di pondok itu sejak pagi. Mereka bertengkar lewat hari sama di mana Wichan menuduh Banjong ialah Phi Pop sebelum mengambil tukul dari dalam pondok dan menyerangnya.
Banjong berulang kalo dipukul di kepala dan badan, menyebabkan kecederaan parah. Dia dibawa ke hospital berdekatan dan kemudian meninggal dunia.
Polis merampas tukul dan barang-barang berkaitan lain sebagai bukti. Wichan didakwa atas serangan menyebabkan kematian.- AGENSI
Rakan disangka hantu mati kena pukul
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bangsa Johor Teruslah Letak Sokong BN, Manifesto Adalah Aku Janji – Manndzri
- PRN Johor: BN Gandakan Momentum Kempen, Sasar Kemenangan Cemerlang – Hasry Sham
- PH Terdesak, Fitnah Dijadikan Senjata Politik Menjelang PRN Johor – Norshida
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kor Ming Nak Letak Jawatan? Alhamdulillah… Letaklah – Tok Mat Hasan
You must be logged in to post a comment.