Realisasikan Janji Nga Kor Ming – Dr Akmal
Realisasikan Janji Nga Kor Ming – Dr Akmal

JOHOR BAHRU, 30 Jun – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menyeru rakyat Johor supaya memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi merealisasikan hasrat yang pernah dinyatakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Menurut beliau, kemenangan besar BN bukan sahaja penting untuk memastikan kesinambungan pentadbiran yang stabil, malah akan membolehkan janji tersebut direalisasikan.
Dalam masa sama, Dr. Akmal turut menjawab dakwaan yang sering dibangkitkan berhubung kedudukannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.
“Untuk makluman, mengikut undang-undang Negeri Melaka, peletakan jawatan seseorang Exco perlu diperkenankan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka. Saya telah menghantar dua surat peletakan jawatan kepada TYT Negeri Melaka dan Ketua Menteri Melaka, namun hasrat tersebut tidak diperkenankan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pihak-pihak yang dijangka terus mempersoalkan isu berkenaan.
Mengulas lanjut, beliau sekali lagi menggesa rakyat Johor agar memberi mandat besar kepada BN pada PRN akan datang.
“Marilah kita tunaikan permintaan Nga Kor Ming. Berikan kemenangan besar kepada BN, dan biarlah beliau menunaikan janjinya. Apabila BN menang dan beliau meletakkan jawatan sebagai menteri, sudah tentu rakyat akan berasa gembira,” katanya. – UMNO Online
Realisasikan Janji Nga Kor Ming – Dr Akmal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bangsa Johor Teruslah Letak Sokong BN, Manifesto Adalah Aku Janji – Manndzri
- PRN Johor: BN Gandakan Momentum Kempen, Sasar Kemenangan Cemerlang – Hasry Sham
- PH Terdesak, Fitnah Dijadikan Senjata Politik Menjelang PRN Johor – Norshida
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kor Ming Nak Letak Jawatan? Alhamdulillah… Letaklah – Tok Mat Hasan
You must be logged in to post a comment.