Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Baru-baru ini, Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah melawat anak buahnya , Tengku Aleya Norlini yang dilahirkan pada 3 Februari yang lalu. Tengku Aleya Norlini adalah anakanda kedua Tengku Abu Bakar Ahmad dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.

Menerusi instagram peribadi Tengku Hassanal, baginda dilihat mengusap dahi Tengku Aleya dan mengucapkan tahniah kepada kekandanya.



“Bertemu dengan Tengku Aleya Norlini, cantiknya Puteri Pahang. Syabas Tengku Iman Abdullah”- ucapnya di ruangan kapsyen


Raja Permaisuri Agong Tinggalkan Komen Minta Tengku Hassanal Kahwin Cepat

Dalam pada itu di ruangan komen, peminat berkesempatan mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa kagum melihat kecomelan Tengku Aleya. Agak mencuit hati apabila terbaca komen dari Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, ibunda Tengku Hassanal ini.

“Tengku Iman Abdullah, bagi tahu Tengku Hassanal untuk segera berkahwin, saya mahu ramai cucu”- tulis Tunku Azizah



Komen dari Tunku Azizah ini telah menarik perhatian ramai netizen. Rata-rata mendoakan Tengku Hassanal bertemu jodoh sebaik-baiknya.

Sekadar info, Tengku Iman berkahwin dengan Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah pada 24 Ogos 2018. Difahamkan, anak sulungnya itu iaitu Zayn bakal mencapai usia 3 tahun menjelang 23 Julai 2022 nanti.

Kami mendoakan semoga Tengku Iman dan suami sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Amin YRA. Mr



Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]



Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker