Muhyiddin jumpa Mahathir bincang kerjasama untuk PRU15

Muhyiddin jumpa Mahathir bincang kerjasama untuk PRU15

Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad bagi mengemukakan cadangan gabungan parti dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata, pertemuan antara presiden Bersatu dan pengerusi Pejuang itu berlangsung sekitar dua minggu lalu selepas pilihan raya negeri (PRN) Johor.

“Muhyiddin ada datang jumpa Tun (Mahathir) dua minggu lalu selepas PRN Johor. Dia mohon jumpa, Tun kata ‘ok’ untuk jumpa. Cadangan dikemukakan ialah untuk bergabung dengan semua (parti) walaupun dia (Muhyiddin) dalam kerajaan (Perikatan Nasional).

“Setakat ini ‘approach’ sudah ada tetapi setuju atau tidak belum ada lagi. Mungkin saya boleh katakan buat masa ini kita kurang setuju dengan apa yang dicadangkan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Mukhriz berkata, selain Bersatu, Pejuang turut menerima pelawaan daripada pembangkang untuk menjalinkan kerjasama dalam PRU15, namun tiada sebarang keputusan dibuat setakat ini.

Dalam pada itu, Mukhriz mengakui hubungan antara Mahathir dan Muhyiddin kini agak dingin ekoran beberapa krisis sebelum ini.

“Setakat ini hubungan masih dingin. Kena fahamlah ‘luka’ kami belum pulih lagi dan masih ‘berdarah’, namun kami faham demi negara dan rakyat tak ada benda yang kami tak sanggup buat kalau niat itu betul.

“Namun, jika niat tak betul macam mana kami nak setuju”,katanya.

Muhyiddin jumpa Mahathir bincang kerjasama untuk PRU15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker