Selalu Mimpi Pelik Dan Menakutkan, Ini Maksudnya

Bagi kamu adakah mimpi semasa tidur hanyalah mainan tidur semata-mata?

Kebanyakan orang berpendapat mimpi hanyalah mainan tidur sahaja, tapi bagaimana pula jika ia sebenarnya memberi mesej tertentu kepada sang pemimpi.

Apatah lagi jika mimpi tersebut tampil dalam gambaran yang menakutkan atau pelik, pastinya tiap kali hendak tidur akan berasa takut jika mengalami mimpi yang sama bukan.

Ikuti antara maksud dan tafsiran mimpi untuk diselongkar lebih lanjut.

Mimpi Digigit Ular

Biasa mimpi digigit ular memberi petanda bahawa akan berlaku sesuatu yang tidak baik pada diri, ada juga yang menyatakan jika bermimpi digigit ular petanda ada orang berminat pada kamu.

Mimpi Jalan Sempit

Mimpi jalan sempit memberi maksud kemungkinan kehidupan akan datang akan mengalami kesukaran dan kepayahan.

Mimpi Diri Jadi Buta

Tiada siapa mahu melihat diri sendiri jadi buta dalam mimpi bukan, mimpi ini kemungkinan membawa maksud perlu berwaspada di alam pekerjaan.

Mimpi Tangan Luka

Mimpi melihat tangan luka kemungkinan membawa maksud bahawa, diri akan mengalami kerugian atau keadaan yang sukar.

Mimpi Gigi Tercabut

Ramai juga yang mimpi seperti ini, ramai yang berpendapat mimpi gigi tercabut memberi maksud berlaku kematian atau kemalangan pada ahli keluarga terdekat.

Mimpi Diri Bertelanjang Bulat

Pastinya amat memalukan diri bertelanjang bulat walaupun di dalam mimpi bukan? Maksud mimpi ini berkemungkinan kamu akan terlepas dari kesukaran.

Mimpi Di Pukul Orang

Mimpi yang menyakit ini seperti ini berkemungkinan membawa maksud bahawa diri akan kehilangan harta benda.

Mimpi Dengar Anak Menangis

Mimpi yang satu ini, mungkin memberi maksud tidak lama lagi akan terdapat kerugian dalam usaha yang kamu lakukan.

Mimpi Rumah Runtuh

Yang ini agak menakutkan melihat rumah sendiri runtuh walaupun hanya dalam mimpi, mimpi ini membawa maksud kemungkinan diri akan difitnah.

Maksud mimpi yang disenaraikan ini hanyalah tafsiran semata-mata dan bukan seratus peratus betul, dan sebagai orang Muslim jatuh syirik jika mempercayainya.

Cukup jadikan alamat mimpi yang dialami sebagai mainan tidur tetapi jika kamu mengalami mimpi yang berat, mungkin kamu boleh rujuk kepada ustaz atau ustazah bagi mendapatkan penjelasan. Wn

https://mykmu.net/2018/04/07/dakwaan-tun-m-hanya-mainan-mimpi-musa-hassan/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker