Gegelang planet Zuhal akan lenyap

GAMBAR menunjukkan planet Zuhal yang dirakam kapal angkasa Cassini mulik NASA pada April 2016. – Nasa / JPL / Caltech

WASHINGTON – Saintis-saintis meramalkan bahawa gegelang gergasi yang mengelilingi Planet Zuhal akan pecah dan hilang sepenuhnya dalam beberapa ratus juta tahun akan datang, lapor akhbar The Sun semalam.

Proses kemusnahan itu telah didedahkan oleh ahli-ahli astronomi kepada majalah The Atlantic.

Gegelang itu dikatakan berada dalam keadaan ‘terganggu’, ditarik ke dalam Planet Zuhal oleh graviti dan akhirnya akan mengewap. Dianggarkan sebanyak 10 tan ‘jirim gegelang’ jatuh ke Zuhal bagi setiap satu saat.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah mengkaji gegelang Planet Zuhal secara meluas melalui misi kapal angkasa Cassini.

Menerusi kadar kemerosotan semasa, keseluruhan sistem gegelang itu dianggarkan akan lenyap sekitar 300 juta tahun akan datang.

NASA bagaimanapun memaklumkan bahawa ia berkemungkinan mempunyai kurang dari 100 tahun untuk ‘hidup’.

Gegelang itu juga dikatakan masih di peringkat awal jangka hayatnya, dan dianggarkan berusia antara 10 juta hingga 100 juta tahun. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker