Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Tangkap layar video memaparkan situasi ketika Amir berjumpa dengan pemandu van sekolah anaknya berhubung isu gangguan seksual.

PETALING JAYA – Seorang bapa nekad bersemuka dan menampar seorang pemandu van yang dipercayai telah melakukan gangguan seksual terhadap anaknya.

Menerusi hantaran Tuan Amir Danau di Facebook memaklumkan anak perempuannya telah disentuh sesuka hati malahan turut dipujuk untuk memberikan nombor telefon oleh pemandu van berkenaan.

Menurut Amir, dia mula berasa curiga apabila anaknya menghubungi isterinya dan meminta supaya orang lain menghantarnya ke sekolah dan kurang selesa dengan sikap pemandu lelaki tersebut.

“Mula-mula dia duduk belakang dan lepas itu pemandu van suruh duduk depan dan tanya nama anak aku, dia cakap anak aku ini comel lah cantik lah dia cubit-cubit pipi.

“Esoknya dia mula lain, dia mula gosok-gosok, ramas-ramas tangan anak aku dan lepas itu siap tepuk-tepuk paha anak aku siap dia tunduk rapatkan muka ke paha anak aku masa itu,” katanya.

Tambah Amir, anaknya menangis ketika bercerita mengenai perkara keji itu malah pernah turut diumpan dengan diberi coklat serta air kotak dan anaknya diminta untuk memberi nombor telefon supaya boleh dihubungi kemudian hari.

Berang puterinya diperlakukan seperti itu, Amir kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa geram dan risau mengenangkan anak masing-masing yang turut menggunakan perkhidmatan van sekolah setelah membaca perkongsian tersebut.

“Semoga Allah lindungi anak-anak kita, anak saya enam tahun pun naik van prasekolah, risau juga bila baca kies macam ini,” luah seorang pengguna

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker