231 individu dikompaun, 22 direman ingkar arahan PKP – Ismail Sabri

 

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 253 individu atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 231 individu dikompaun manakala 22 lagi direman.

“Antara kesalahan dikesan termasuk tidak memakai pelitup muka, jalankan aktiviti perjudian, aktiviti rentas negeri tanpa kebenaran serta tiada penjarakan fizikal,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Mengenai Operasi Benteng, katanya pihak berkuasa telah menahan seramai enam pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas tujuh kenderaan serta tindakan pengusiran terhadap PATI berkenaan.

Setakat ini, katanya seramai 130,115 individu telah pulang ke tanah air menerusi pintu masuk antarabangsa dan kesemuanya telah diarah menjalani proses kuarantin wajib.

Daripada jumlah itu, seramai 7,901 individu telah dikuarantin dan seramai 121,525 orang dibenarkan pulang manakala 689 lagi dibawa ke hospital.

 

Staf hospital diberi amaran tindakan disiplin jika dijangkit kerana ingkar SOP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker