Cuaca panas dijangka berlarutan hingga Mei


Cuaca panas dijangka berlarutan hingga Mei

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca panas berlarutan hingga Mei ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, cuaca panas dijangka mula reda menjelang Jun.

Beliau berkata, ketika ini, fenomena La Nina sederhana sedang berlaku dan suhu di seluruh negara masih dalam keadaan normal.

“Namun, suhu adalah berbeza-beza mengikut tempat dan bentuk muka bumi.

“Stesen Meteorologi Chuping merekodkan suhu tertingggi pada 9 April 1998 dengan bacaan 40.1 darjah Celsius di bawah pengaruh fenomena El Nino kuat.

“Suhu maksimum yang direkod di Chuping sejak seminggu lalu ialah sekitar 34 darjah Celsius hingga 35 darjah Celsius,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, katanya, suhu maksimum di Lembah Klang adalah lebih tinggi iaitu di antara 35 darjah Celsius hingga 36 darjah Celsius.

Beliau menjelaskan tiada suhu melampau yang dicatat dalam tempoh seminggu ini.

Berdasarkan rekod, katanya, didapati suhu maksimum sedikit lebih tinggi di kawasan Lembah Klang dan pedalaman Pahang.

Ditanya adakah kemungkinan berlaku kemarau, katanya, buat masa ini tiada.

“Status cuaca panas terkini boleh semak di https://www.met.gov.my/iklim/kemarau/statusgelombanghaba,” katanya. MG

Cuaca panas dijangka berlarutan hingga Mei


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker