Tikam punggung teman wanita kerana piza
LONDON – Seorang lelaki di Britain dijatuhi hukuman penjara setahun selepas didapati bersalah menikam punggung teman wanitanya menggunakan sebilah pisau selepas mereka bertengkar mengenai hidangan piza, lapor akhbar Metro UK semalam.
Nathaniel Williams, 29, dalam kejadian pada tahun lepas, bertengkar dengan teman wanitanya mengenai jenama piza yang ingin dibeli. Dia mahu membeli hidangan Pizza Hut manakala teman wanitanya ingin memesan Pizza Choice.
Mangsa kemudian pergi ke dapur rumah mereka di Cardiff untuk minum air. Sejurus selepas dia memusingkan badannya ke belakang, wanita berasa seperti tusukan kecil pada bahagian punggungnya.
Mangsa kemudian mendapati terdapat kesan darah pada tangannya sambil Williams dilaporkan menjerit dan meminta maaf berulang kali.
Lelaki itu meyakinkan mangsa agar tidak pergi ke hospital kerana bimbang ia akan menjadi kes polis. Bagaimanapun, seorang rakan yang pergi ke rumah mereka kemudian membawa mangsa ke hospital selepas melihat keadaannya.
Williams kemudiannya ditahan polis dan diarah untuk menjauhi mangsa. Bagaimanapun pada 4 Disember lalu, mangsa yang terjaga pada tengah malam terkejut apabila mendapati Williams sedang berdiri di hujung katilnya.
Selepas mengekori wanita itu ke rumah ibu bapanya, Williams ditahan polis sekali lagi dan kemudiannya menyerang pendakwa raya.
“Jika kejadian ini tidak menjadi serius, ia sebenarnya sesuatu yang lucu apabila anda berdua bertengkar mengenai piza. Namun, anda telah menggunakan pisau yang merupakan satu tindakan serius dan senjata yang boleh membunuh,” kata Hakim John Philpotts.
Williams dijatuhi hukuman penjara setahun dan dilarang daripada menghubungi mangsa selama lima tahun. – AGENSI
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pengeluaran KWSP melalui portal khas, satu bayaran sahaja
- Pengunjung Berjoget Lupa SOP Di Konsert Pesta Makanan (Video)
- Hamzah patut tanya AbahKau kenapa ponteng parlimen
- Tak tolak Zul Ariffin
- Rayuan banduan akhir rakyat Malaysia ditolak Mahkamah Singapura
- Harga minyak global jatuh selepas Shanghai ditutup
- ‘Saya Melampaui Batas Dan Saya Salah’ – Will Smith Mohon Maaf Daripada Chris Rock [VIDEO]
- Kantoi sembang lucah, bapa ditahan rogol anak kandung
- Pertemuan Bung-Musa cetus perbualan di Sabah
- Kerajaan wajar tentu tempoh masa penggunaan MySejahtera, MySJTrace – Tok Mat
- Askar Rusia didakwa serah kereta kebal demi wang tunai, kewarganegaraan Ukraine
- Najib saman Chegubard
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022