DBKL sedia 72 lokasi bazar Ramadan, 5,000 gerai beroperasi di Kuala Lumpur

Shahidan Kassim

PETALING JAYA: Sebanyak 72 lokasi bazar meliputi 5,000 gerai beroperasi di sekitar ibu negara Kuala Lumpur sepanjang Ramadan bermula Ahad ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, tempoh operasi setiap lokasi bazar ditetapkan sekitar 3 petang hingga 8 malam.

“Walaupun selepas 1 April kita masuk fasa peralihan ke endemik, kita mahu mengingatkan masyarakat agar sentiasa menjaga penjarakan dan prosedur operasi standard (SOP) lain,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenal pasti beberapa lokasi strategik bagi penyusunan penjaja di sekitar ibu negara bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan secara berpusat dan sistematik dengan ruangan lebih kondusif.



Jelasnya, pelaksanaan program tersebut dijalankan secara berfasa dengan memberi tumpuan kepada lokasi penjaja dalam bandar.

“Penyusunan semula penjaja ini akan diperkenal di seluruh kawasan di Kuala Lumpur, paling penting kita hendak pastikan penduduk sekitar tidak terganggu dengan kehadiran penjaja yang mahu mencari rezeki.

“Program penyusunan semula penjaja itu juga mendapat kerjasama badan bukan berkanun (NGO) yang memberi kelebihan kepada penjaja antaranya kanopi percuma dan diskaun sewaan tapak,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan



Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker