Warga emas positif Covid-19 maut jatuh bangunan

Warga emas positif Covid-19 maut jatuh bangunan

Lelaki warga emas yang disahkan positif Covid-19 ditemui maut selepas terjatuh dari sebuah kondominium di Bandar Tun Razak, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerima maklumat melalui panggilan kecemasan jam 11.10 pagi.

Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Salak Selatan ke tempat kejadian dan mendapati mangsa berusia 75 tahun dalam keadaan terbaring di lobi kondominium itu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang hadir di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden yang berlaku,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Muhammad Idzam berkata, keterangan waris mangsa dan saksi di tempat kejadian diambil bagi membantu siasatan.

“Mayat dihantar ke HCTM untuk dibedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi Ketua Polis Balai Salak Selatan Inspektor Muhd Arfizan di talian 03-77822222 atau mana-mana balai yang berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, ujian saringan mendapati mangsa positif Covid-19. HM

Warga emas positif Covid-19 maut jatuh bangunan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker