RUU larangan merokok bakal dibentang di Parlimen Julai ini – KJ

SEPANG – Rang undang-undang larangan merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005 bakal dibentangkan di Parlimen Julai ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, rang undang-undang berkenaan sedang dimuktamadkan oleh peguam negara dan dijangka selesai dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

“Insya-ALLAH akan (dibentang) sesi yang akan datang iaitu Julai.



“Rang undang-undang tersebut sedang dimuktamadkan oleh peguam negara dan saya rasa dalam tempoh seminggu dua ini dah selesai.

“(Kemudian) saya akan bawa ke Parlimen dahulu untuk saya bentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan dan Teknologi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran MyCHAMPION Peringkat Kebangsaan, di sini pada Sabtu.

Hadir sama Pengarah Bersama Pasukan Pengurusan Projek Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF), Datuk Dr Chong Chee Keong.

Sebelum ini Khairy telah mengumumkan pengenalan akta tersebut bertujuan mengurangkan keterdedahan generasi akan datang terhadap rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama kejadian kanser dan menyumbang 22 peratus kematian akibat kanser.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini



Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker