Politik Baru #KeluargaMalaysia, Apa Pola PRN Melaka?

Salam Maulidur Rasul. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. RASULULLAH insan mulia dan contoh kepada seluruh makhluk Allah..Allahuammasolli a’la Muhammad. Wa a’la alimuhammad. Antara mukjizat Baginda ialah mampu menyatukan seluruh kaum dan puak yang bersengketa dalam dakwah Baginda.

Melihat kepada politik Malaysia hari ini, penyatuan kumpulan atau parti-parti yang dulunya bertelagah atas perbedaan ideologi tertentu dan mencari titik persamaan sesuatu perkara demi rakyat dan negara telah membuka lembaran baru dalam percaturan parti-parti dalam membentuk satu kerajaan.

Tiada siapa pernah menduga sebuah kerjasama atau permuafakatan antara UMNO dan PAS. Tidak pernah terlintas sebuah kerajaan tertubuh dari hasil perkongsian persefahaman antara ahli-ahli parlimen dari UMNO,PAS,GPS dan PPBM. Tidak pernah sesiapa terduga akan kebijaksanaan seorang YAB Perdana Menteri DS Ismail Sabri menundukkan keegoan barisan kepimpinan pembangkang(PH) untuk bersama dalam sebuah MoU untuk kestabilan politik dan menangani pandemik yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Pola pengundian dalam PRN Melaka bakal menjadi pattern dan corak yang mungkin akan dipraktikkan dalam PRU15. Bukan soal kerjasama dengan parti mana. Bukan soal parti mana yang akan bertembung di kerusi yang sama tetapi jauh yang lebih penting untuk kita tahu ialah bagaimana seorang pemimpin boleh disokong oleh pemimpin-pemimpin lain untuk menerajui sebuah kerajaan.

DS Ismail Sabri disokong oleh 114 ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan #KeluargaMalaysia dan didokong oleh kesemua ahli parlimen pembangkang(PH) sebagai seorang Perdana Menteri yang diyakini mampu mengeluarkan negara dari pandemik dan seterusnya mengembalikan ekonomi rakyat dan negara ke satu paras yang dikehendaki oleh semua.

Dalam PRN Melaka, apa yang harus berlaku ialah mengelakkan pertembungan parti-parti Melayu Bumiputera untuk memastikan PH tidak akan mendapat kelebihan. Tidak semestinya bekerjasama tetapi persefahaman perlu berlaku antara parti-parti Melayu Islam yang ada seperti UMNO,PAS dan PPBM untuk tidak merebut kerusi yang sama atau memecahkan undi Melayu Islam Bumiputera.

MCA dan MIC harus menunjukkan kemampuan mereka dalam PRN Melaka untuk membuktikan parti ini masih relevan dalam mainstream politik negara. Jika dilihat pada satu dapatan yang telah dilakukan oleh sebuah badan bebas, kerjasama PAS dan UMNO boleh mencapai kemenangan selesa melebihi 21 kerusi dan jika UMNO bertanding sendiri tanpa bercaturan yang bijak maka UMNO berkemungkinan hanya memenangi kurang dari 10 kerusi DUN Melaka dan secara tidak langsung gagal menubuhkan kerajaan negeri secara sendiri.

Jika tidak cukup maka parti-parti lain harus diajak untuk menubuhkan kerajaan negeri dan situasinya kekal sepertimana kerajaan sebelum ini yang diketuai DS Sulaiman Ali yang hilang sokongan dari 2 rakan UMNO ,seorang PPBM dan seorang ADUN BEBAS.

JUSTERU, rakyat Melaka harus berfikiran rasional dalam memberikan sokongan dan undian mereka kepada parti yang telah terbukti berjaya mentadbir negara dan  negeri Melaka sebelum ini.

Kegagalan PH di peringkat nasional dan negeri Melaka sebelum ini harus dijadikan sempadan dan pengajaran untuk tidak sesekali mengembalikan pemerintahan PH di Melaka.

Keyakinan rakyat Melaka kepada Kerajaan #KeluargaMalaysia harus diterjemahkan bila sampai hari pengundian PRN 28 November 2021 nanti.

Shahrul Izwan
Melaka Tengah
19 Okt 2021

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker