Pakar virologi dedahkan jangkitan Omicron lebih lama berbanding varian lain

LONDON: Jangkitan varian Omicron dilaporkan lebih lama berbanding varian terdahulu dan keadaan itu sekali gus menyebabkan mengapa Omicron lebih mudah disebarkan serta dijangkiti.

Pakar virologi dari Universiti Groningen di Belanda, Dr. Marjolein Irwin-Knoester berkata, pembawa varian Omicron kebiasaannya dijangkiti dua hari sebelum mula menunjukkan gejala sehingga tujuh hari kemudian.

Katanya, langkah kebanyakan negara yang mengurangkan tempoh kuarantin atau menarik balik peraturan tersebut tidak akan mengurangkan kadar jangkitan Covid-19 di seluruh dunia.



Namun, disebabkan Omicron tidak membawa gejala berat seperti varian terdahulu, langkah tersebut ‘mungkin diterima buat masa ini’ oleh kebanyakan negara.

Knoester membuat pendedahan itu selepas England melonggarkan peraturan kuarantin, menyaksikan individu positif Covid-19 tidak perlu lagi menjalani kuarantin dan bebas melakukan aktiviti harian.

Beberapa negara di luar United Kingdom (UK) pula memendekkan tempoh kuarantin sehingga empat hari seperti di Norway.

Jelas Knoester, tempoh kuarantin selama tujuh hari sepatutnya menjadi langkah selamat bagi semua kes Covid-19 atau sekurang-kurangnya lima hari dan tidak kurang daripada itu.



“Berdasarkan bukti yang dikaji dan diperolehi, saya tidak yakin varian Omicron akan lebih cepat hilang daripada badan individu yang dijangkiti berbanding varian lain.

“Sehubungan itu, adalah penting untuk golongan tersebut menjalani tempoh kuarantin lebih lama dengan tujuh hari paling minimum,” katanya seperti yang dilaporkan Daily Mail.

Selain itu, beliau turut mencadangkan individu yang sudah dijangkiti Omicron, namun masih mengalami batuk dan selesema perlu menyambung kuarantin selama 10 hingga 14 hari lagi.

Malah katanya, individu yang terjejas teruk akibat jangkitan Omicron dan mereka yang dijangkiti mempunyai sistem imun lemah boleh menularkan varian tersebut dalam tempoh yang lebih lama.



Pakar virologi dedahkan jangkitan Omicron lebih lama berbanding varian lain

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim



Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker