Drama Perempuan Itu: Pas sokong penuh tindakan JAKIM

SHAH ALAM – Pas menyokong penuh penentangan keras Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap penyiaran video sedutan drama ‘Perempuan Itu’ berbaur lucah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program yang memaparkan adegan berbaur lucah adalah bercanggah dengan Islam, maruah umat Islam dan budaya masyarakat Melayu.

Jelasnya, ia tidak wajar disiarkan dalam walau apa jua alasan yang diberikan.

“Pas meminta agar pihak berautoriti mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini.

“Pas menasihatkan golongan karyawan agar melahirkan karya bermutu dan bersesuaian dengan prinsip agama Islam dan kesusilaan masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu hantaran pada Rabu.

Pada 21 Mac, Jakim mengambil perhatian serius isu video sedutan drama ‘Perempuan Itu’ yang tular di media sosial.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, Jakim telah menyatakan pendirian dan pandangan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya tindakan tegas dapat diambil segera.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker