Beg Balenciaga menyamai Tesco berharga RM5,000

Beg Balenciaga menyamai Tesco berharga RM5,000

PARIS – Jenama fesyen mewah terkemuka, Balenciaga, memperkenalkan rekaan beg beli-belah terbaharunya yang kelihatan sama seperti beg plastik Tesco keluaran tahun 1980-an, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Aksesori yang dikeluarkan sebahagian daripada koleksi Musim Bunga 2022 itu dijual pada harga £925 (RM5,113).



Ia diperbuat menggunakan kulit anak lembu yang dicetak pada kertas serta mempunyai zip untuk menutup bahagian atas dan di dalam beg.

Reka bentuk nostalgia tersebut diinspirasikan daripada beg plastik Tesco yang sudah tidak digunakan ketika ini.

Belanciaga berkata, rekaan aksesori itu merupakan tafsiran moden bagi sebuah beg asas.

Sebelum ini, jenama yang beribu pejabat di Paris itu pernah diselar kerana menghasilkan koleksi beg yang menyamai beg beli-belah Ikea. K Online



Beg Balenciaga menyamai Tesco berharga RM5,000


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR



Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker