PM berjaya laksana enam perkara utama diputuskan MKT UMNO

PM berjaya laksana enam perkara utama diputuskan MKT UMNO

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melaksanakan enam perkara utama yang diputuskan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 27 Ogos tahun lalu.

Naib Presiden UMNO itu berkata, semua perkara yang diputuskan Mesyuarat MKT UMNO telah laksanakannya dengan dukungan rakan-rakan kabinet UMNO.



Menurutnya, perkara pertama adalah mengadakan kerjasama dan permuafakatan rentas parti sebagai mana titah saranan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dalam Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu.

“Kedua, memberi fokus kepada usaha menangani Covid-19 dan vaksinasi. Kita telah berjaya mencapai imunisasi kelompok lebih 98.5 peratus dengan dua dos vaksin lengkap, manakala proses vaksinasi dos penggalak dan Program Vaksinasi Kanak-Kanak (PICKids) sedang rancak dilaksanakan.

“Tiada paksaan untuk menerima dos penggalak kepada golongan dewasa dan kanak-kanak tetapi kita galakkan mengambilnya untuk melindungi Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.



Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, perkara ketiga ialah menyantuni kehendak dan tuntutan rakyat berkaitan kebajikan dan kesejahteraan termasuk bantuan kepada pengusaha kecil dan sederhana yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

“Keempat, penjenamaan semula kerajaan melalui Keluarga Malaysia dengan tiga teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

“Kelima, mempertahankan peranan dan sistem demokrasi berparlimen. Kita pastikan Dewan Rakyat berfungsi dan memainkan peranannya dalam semak dan imbang.

“Keenam, menubuhkan jawatankuasa yang berkaitan bagi menegakkan keadilan dan menunjukkan ketelusan kepada rakyat,” jelasnya. Sinar



PM berjaya laksana enam perkara utama diputuskan MKT UMNO


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara



Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]



Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker