Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri
Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri
Perdana Menteri hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan yang dipimpinnya tidak akan membenarkan penjarahan wang milik Petroleum Nasional Berhad (Petronas) sewenang-wenangnya seperti dilakukan oleh Pakatan Harapan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu merupakan azamnya selagi Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh UMNO.
Menurutnya, prestasi syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLiC) pada tahun lalu semakin baik.
”Sebagai contoh, Petronas mencatat keuntungan sebanyak RM48.6 bilion erbanding kerugian RM1.137 bilion pada tahun 2020,” katanya ketika menggulung ucapan Naib Presiden UMNO hari ini.
GLC dan GLIC juga telah memberikan sumbangan kepada Keluarga Malaysia melalui tanggungjawab sosial korporat.
Dalam tempoh dua tahun sejak 2020 Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC/GLIC (GDRN) telah berjaya membantu lebih 450,000 orang yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan banjir dengan pelbagai jenis bantuan bernilai RM327 juta.
KWSP pula mengagihkan dividen sebanyak 6.1 peratus dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera 4.1 peratus, kedua-duanya n ini adalah yang tertinggi sejak tahun 2018.
Ismail Sabri berkata, sejak UMNO menerajui semula kerajaan, ekonomi negara kita berkembang sebanyak 3.6 peratus pada suku keempat berbanding menguncup 4.5 peratus pada suku ketiga tahun 2021.
Jumlah eksport negara pula meningkat sebanyak RM28.2 bilion (Ogos-Disember 2021), disokong dengan aliran masuk Pelaburan Terus Asing (FDI) sebanyak RM24.7 bilion pada suku tahun keempat berbanding RM12.8 bilion bagi suku ketiga. ”Inilah bukti keyakinan para pelabur luar negara terhadap kerajaan pimpinan UMNO,” ujarnya. MG
Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan
- PM mahu KWSP pastikan pengeluaran khas RM10,000 dipermudahkan
- Pengeluaran KWSP, UMNO berjaya! Ikrar akan terus juarai isu rakyat
- Farhash sindir ‘Raja Formula’ selepas Rafizi umum tanding timbalan presiden
- Dua wanita jual ‘karipap malam’ dirumah dicekup polis
- Menjelang PRU-15, BN-UMNO dilihat langkah kanan berdepan lawan
- Penyanyi Sensasi Baby Shima Dituduh Jual Arak Bukan Jamu [VIDEO]
- ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
- Kecelaruan dalam PAS melibatkan kepimpinan tertinggi
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara
Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.