UMNO, BN tidak takut bergerak solo

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini tidak lagi takut untuk bergerak solo dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menyatakan keyakinan tersebut berdasarkan prestasi dan formula yang diguna pakai BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Malah katanya, UMNO dan BN bukan sebagaimana sebelum ini yang perlu bergantung kepada perikatan atau parti lain.



“Kalau setahun lalu congak politik menunjukkan kita perlu bergabung tapi strategi tersebut tidak benar lagi sekarang dan kita boleh bergerak solo berdasarkan prestasi PRN Melaka dan Johor.

“Prestasi kita juga jauh lebih baik daripada PRU-14 sekarang, namun persiapan perlu maksimum. Kita strike pihak lawan apabila mereka kurang kuat dan ketika masih lemah,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO bahagian Pekan, Datuk Mohd. Nizar Najib turut yakin yang UMNO mampu bergerak sendiri pada PRU nanti sekali gus membentuk kerajaan tanpa bergabung dengan mana-mana parti.

“Saya yakin mengikut prestasi kita dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, kita bersedia hadapi PRU ini secara bersendirian. Bukan kita tak tawarkan parti lain untuk bermuafakat, namun pelawaan kami tidak di­sambut. Sebab itulah BN tidak ada pilihan.



“Tetapi, bagus juga, bermakna kita boleh tentukan hala tuju parti secara bebas dan kita boleh naik­kan lagi muka baru untuk PRU nanti,” ujarnya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker