Fenomena tanpa bayang di Kuala Lumpur dan Putrajaya
Fenomena tanpa bayang di Kuala Lumpur dan Putrajaya
Fenomena tengah hari tanpa bayang dijangka berlaku di Malaysia melibatkan kawasan seperti Kota Tinggi, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kuala Terengganu pada tarikh yang berbeza bermula 25 Mac nanti.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan memaklumkan, peristiwa Ekuinoks diramalkan berlaku mulai 21 Mac ini sehingga 3 April depan di beberapa kawasan seluruh dunia.
“Di Kota Tinggi, fenomena tersebut dijangka berlaku pada 25 Mac, manakala bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah pada 28 Mac.
“Selain itu, fenomena tengah hari tanpa bayang melibatkan kawasan Kuala Terengganu dijangka berlaku paling lewat di Malaysia iaitu pada 3 April,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut MOSTI, pada hari tersebut matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa dan ia berlangsung sepanjang hari berkenaan.
Ketika itu, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam.
Berdasarkan infografik yang dikongsikan oleh Planeterium Negara, antara kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa adalah Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador yang akan mengalami fenomena tengah hari tanpa bayang bermula 21 Mac nanti.
Sebagai rekod, Ekuinoks adalah satu keadaan yang memperlihatkan titik subsolar sesebuah planet melintasi garisan Equator atau garisan Khatulistiwa sekali gus menyebabkan bahagian utara serta selatan sesebuah planet melalui tempoh waktu siang dan malam yang sama. K Online
Fenomena tanpa bayang di Kuala Lumpur dan Putrajaya
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan
- PM mahu KWSP pastikan pengeluaran khas RM10,000 dipermudahkan
- Pengeluaran KWSP, UMNO berjaya! Ikrar akan terus juarai isu rakyat
- Farhash sindir ‘Raja Formula’ selepas Rafizi umum tanding timbalan presiden
- Dua wanita jual ‘karipap malam’ dirumah dicekup polis
- Menjelang PRU-15, BN-UMNO dilihat langkah kanan berdepan lawan
- Penyanyi Sensasi Baby Shima Dituduh Jual Arak Bukan Jamu [VIDEO]
- ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
- Kecelaruan dalam PAS melibatkan kepimpinan tertinggi
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara
Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]
Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil
You must be logged in to post a comment.