Pesawat tentera terhempas, empat terkorban

OSLO – Sebuah pesawat tentera terhempas di utara Norway mengakibatkan kesemua empat anggota tentera Amerika Syarikat terkorban.

Tentera Norway dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, kejadian berlaku ketika latihan kententeraan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diadakan pada Jumaat.

Pesawat V-22B Osprey milik Pasukan Marin Amerika Syarikat menyertai latihan ‘Cold Response’, latihan kententeraan yang diadakan dalam keadaan cuaca sejuk.



Pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian melalui jalan darat selepas helikopter mereka tidak dapat mendarat akibat keadaan cuaca buruk termasuk angin kencang dan hujan lebat.

“Pasukan polis tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 1.30 pagi waktu tempatan.

“Duka cita dimaklumkan kesemua empat penumpang dalam pesawat berkenaan terkorban,” kata ketua operasi polis Nordland, Ivar Bo Nilsson dalam satu kenyataan.

Dalam satu kenyataan susulan, tentera Norway mengesahkan kesemua yang terkorban merupakan anggota tentera Amerika Syarikat.



Siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Kira-kira 30,000 anggota tentera daripada 27 negara sertai latihan kententeraan ‘Cold Response’ dan ia akan diteruskan, kata tentera Norway. – Awani

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras



Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker