PM luluskan pembayaran pampasan ex-gratia RM1.5 juta kepada keluarga Allahyarham Adib

Kerajaan telah memberikan ex gratia (pampasan) berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga anggota bomba yang terkorban dalam rusuhan pada 2018, umum Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Walaupun siasatan masih berjalan, saya ingin maklumkan di sini (yang) tak pernah diumumkan sebelum ini, kerajaan telahpun membayar ex gratia berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga arwah pada 29 Nov 2021.

“Inilah bukti kesungguhan dan keprihatinan Umno dalam membela nasib rakyat,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) hari ini.

Katanya, siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian allahyarham masih dijalankan bagi memberikan pembelaan sewajarnya kepada arwah.

“Jawatankuasa Khas Siasatan akan membentangkan laporan interim sebelum akhir bulan Mac 2022,” katanya.

Ismail Sabri juga mengumumkan siasatan jawatankuasa khas untuk meneliti pendedahan dibuat bekas peguam negara Tommy Thomas dalam bukunya.

Katanya pasukan petugas khas (PPK) sedang mengambil tindakan termasuk memanggil pihak yang terlibat.

“Laporan interim akan dibentangkan pada bulan depan.

“Saya janji jika ada penyalahgunaan kuasa, konspirasi terpilih seperti yang didakwa, kita akan ambil tindakan,” katanya.

Ahli parlimen Bera itu juga memberitahu kerajaan tidak akan membentangkan cadangan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Katanya, keputusan itu diambil selepas mendengar pandangan rakyat serta ketetapan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker