Pembangkang bergabung dengan PN, bolehkah DAP terima Pas?
KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) skeptikal pelaksanaan khemah besar pembangkang yang turut melibatkan Perikatan Nasional (PN) mampu direalisasikan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) terutama DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, di sebalik tersebar luas spekulasi kerjasama PH, PN dan parti pembangkang lain sedang giat diperkatakan, beliau melihat PH tidak menunjukkan kesudian secara terbuka untuk mengejar perkara itu.
Hal ini kerana beliau berpandangan PH terutama DAP menyedari ideologi Pas sukar diterima koalisi itu.
“Begitu juga dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kononnya berintegriti tetapi penuh dengan pemimpin ‘pelompat parti’, juga tidak sesuai dengan ideologi DAP.
“DAP cukup anti pelompat parti, tetapi dalam Bersatu golongan ini diraikan.
“Sebagai buktinya daripada 31 kerusi Parlimen dimenangi parti itu, 80 peratus adalah pemimpin melompat, 20 peratus sahaja ahli Parlimen asal. 25 ahli Parlimen adalah pelompat, terdiri 10 ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan 15 daripada UMNO.
“Perkara itu tidak menggambarkan Bersatu parti berintegriti,” katanya kepada Sinar Premium dalam satu wawancara eksklusif di pejabatnya di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Khamis.
Baru-baru ini, dalam kenyataan bersama enam Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) bahagian, mereka menyarankan PH bekerjasama dengan PN – termasuk parti berfikiran sama seperti Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) dan Parti Ikatan Demokratik Muda (Muda) mendepani PRU15 berikutan kekalahan teruk, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu 12 Mac lalu.
Pandangan itu turut disambut beberapa penganalisis politik tanah air yang berpendapat undi gabungan parti-parti pembangkang pada PRN Johor sepatutnya membolehkan blok itu memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akhirnya dikuasai UMNO-BN.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda DAP, Howard Lee menegaskan kerjasama dengan PN dianggap sebagai ‘tidak dapat diterima dan tidak boleh dipertimbang’, susulan PH dan PN berbeza serta tidak mungkin bersependapat.
PH yang memeterai kerjasama politik dengan Muda dan menghadapi PRN Johor dengan menggunakan dua lambang pilihan raya berbeza, akhirnya sekadar memenangi 13 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN, manakala PN yang diwakili Bersatu dan Pas sekadar meraih tiga kerusi.
Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menegaskan UMNO-BN sudah bersedia menghadapi kemungkinan kerjasama pembangkang itu dengan strategi khas yang telah dirangka.
“Jika perkara itu berlaku, kami juga ada strategi tertentu yang tidak boleh didedahkan,” ujar beliau.
Dalam perkembangan lain, Ahmad turut meminta semua pihak menerima hakikat bahawa kemenangan UMNO-BN pada PRN Johor adalah hasil kehendak rakyat Bangsa Johor yang keluar mengundi.
Berikutan itu, beliau menegaskan kelompok pengundi yang tidak keluar mengundi, namun kecewa dengan kemenangan UMNO-BN sewajarnya menyalahkan diri sendiri kerana gagal menunaikan tanggungjawab menjalani proses demokrasi berkenaan.
“Tiada larangan terhadap rakyat Johor yang layak mengundi pada PRN Johor, untuk keluar mengundi dan memilih kerajaan mana dikehendaki mereka.
“Justeru, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa kerajaan baharu UMNO-BN di Johor adalah kerajaan dipilih oleh rakyat Johor yang keluar mengundi,” tegasnya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan
- PM mahu KWSP pastikan pengeluaran khas RM10,000 dipermudahkan
- Pengeluaran KWSP, UMNO berjaya! Ikrar akan terus juarai isu rakyat
- Farhash sindir ‘Raja Formula’ selepas Rafizi umum tanding timbalan presiden
- Dua wanita jual ‘karipap malam’ dirumah dicekup polis
- Menjelang PRU-15, BN-UMNO dilihat langkah kanan berdepan lawan
- Penyanyi Sensasi Baby Shima Dituduh Jual Arak Bukan Jamu [VIDEO]
- ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
- Kecelaruan dalam PAS melibatkan kepimpinan tertinggi
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara
Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.