Aksi panas drama Perempuan Itu, bukan salah Erma Fatima

KUALA LUMPUR: “Kak Erma berulang kali pesan jangan buat (aksi) daring sangat” Itu penjelasan pengarah drama Perempuan Itu, Ain Shariff berhubung klip video aksi tidak senonoh melibatkan pelakon drama berkenaan, Zul Ariffin yang tular baru-baru ini.

Video itu yang telah pun dipadam pelakon berkenaan telah menimbulkan api kemarahan netizen yang menyifatkan aksi seksual yang dilakonkan Zul bersama pendatang baru, Siti Hariesa itu sebagai keterlaluan dan tidak berpatutan.

Selain, Zul, penulis skrip drama terbabit, Erma Fatima turut menerima kecaman hebat netizen.

Sehubungan itu, menerusi maklum balas yang dikongsikan kepada portal tempatan, Mstar, hari ini, Ain memohon agar netizen berhenti menghentam dan menyalahkan pengarah tersohor tersebut yang sebelum ini dituduh memainkan peranan disebalik penghasilan babak ‘kotor’ terbabit.

“Ingin saya jelaskan, babak dalam drama ini tak ada kaitan dengan mama (Erma Fatima). Dia penulis skrip dan saya memvisualkan karakter mengikut penulisannya.

“Dia tahu akan ada babak mereka bersama tapi tak jangkalah saya akan terjermahkan dalam bentuk begitu. Jadi tak wajarlah netizen kecam Kak Erma kerana babak itu adalah arahan saya,” katanya.

Selain itu, Ain mendakwa dia tidak tahu menahu bahawa video tersebut telah dikongsikan Zul di Instragamnya. Katanya dia terkejut dengan penularan video berkenaan dan akan bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.

“Saya tak tahu pula Zul akan berkongsi babak itu di Instagram. Saya pun terkejut bila dapat tahu orang bercakap tentang hal ini. Tapi benda pun dah jadi, sebagai pengarah saya kena ambil tanggungjawab ini.

Pada masa yang sama, Ain juga memberitahu bahawa adengan ‘panas’ itu adalah babak director cut yang mungkin tidak akan ditayangkan di Televisyen.

Dalam pada itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan maklum balas dari Zul dan Erma berhubung isu tersebut berakhir gagal.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker