Tengku Zafrul letak jawatan? Kementerian Kewangan keluar penafian

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan menafikan Tengku Zafrul Aziz meletak jawatan daripada Kabinet.

Kementerian itu dalam kenyataan di Twitternya memaklumkan, surat peletakan jawatan dikatakan daripada Menteri Kewangan yang tular di media sosial itu adalah palsu.

“Kementerian Kewangan ingin menafikan surat perletakan jawatan Menteri Kewangan yang tular.

“Fokus beliau kekal untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan #KeluargaMalaysia sentiasa terbela dalam pemulihan ekonomi negara daripada belenggu Covid-19,” katanya.

Semalam, Tengku Zafrul dilaporkan berkata, ketidakhadirannya di Dewan Rakyat disebabkan beliau mempunyai hal kecemasan yang perlu diuruskan dan ia sudah dimaklumkan terlebih awal.

Spekulasi peletakan jawatan beliau timbul selepas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan satu lagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak RM10,000 secara “one-off”.

Tengku Zafrul sebelum ini dilaporkan berkata, beliau rela meletak jawatan berhubung isu itu, selepas pelbagai pihak, termasuk bekas Perdana Menteri, Najib Razak menggesa kerajaan membenarkan pencarum membuat pengeluaran.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker