Kereta terjunam tali air, budak lima tahun ditemukan lemas
PASIR SALAK – Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan terperangkap dalam kereta yang terjunam di tali air di Kilometer 32, Jalan Bota Kiri-Ulu Dedap berhampiran Kampung Bukit Chawi, Kampung Gajah di sini pada Khamis ditemukan meninggal dunia.
Mangsa dikenali sebagai Muhamad Harith Sulayman Mohd Hanis, 5, ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba di bahagian tempat duduk belakang kereta jenis Honda City kira-kira jam 8.15 malam.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, mangsa bersama adik perempuannya berusia empat tahun menaiki kenderaan yang dipandu ibunya berusia 30 tahun.
“Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, tiga beranak terbabit dalam perjalanan dari Malim Nawar menuju ke Ulu Dedap Sungai Jejawi untuk mengambil anak bongsunya di rumah pengasuh.
“Ketika melalui satu selekoh, kenderaan mangsa terlanggar lopak air akibat hujan lebat menyebabkan kenderaan itu terbabas melanggar besi kunci air sebelum terjunam di tali air,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.
Menurutnya, ibu bersama anak perempuannya berjaya keluar menerusi tingkap yang terbuka sebelum diselamatkan orang awam di lokasi kejadian.
“Pada masa sama, kenderaan mangsa mulai tenggelam menyebabkan mangsa tidak sempat diselamatkan sebelum tenggelam dihanyutkan arus.
Kenderaan jenis Honda City berjaya ditarik keluar dari tali air.
“Kenderaan tersebut berjaya dijumpai dalam jarak 80 meter dari lokasi terakhir dilihat kira-kira jam 7.50 petang sebelum dapat mengeluarkan mangsa kira-kira 25 minit kemudian,” katanya.
Barudin berkata, dua beranak terbabit tidak mengalami kecederaan manakala mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Changkat Melintang untuk dibedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan
- PM mahu KWSP pastikan pengeluaran khas RM10,000 dipermudahkan
- Pengeluaran KWSP, UMNO berjaya! Ikrar akan terus juarai isu rakyat
- Farhash sindir ‘Raja Formula’ selepas Rafizi umum tanding timbalan presiden
- Dua wanita jual ‘karipap malam’ dirumah dicekup polis
- Menjelang PRU-15, BN-UMNO dilihat langkah kanan berdepan lawan
- Penyanyi Sensasi Baby Shima Dituduh Jual Arak Bukan Jamu [VIDEO]
- ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
- Kecelaruan dalam PAS melibatkan kepimpinan tertinggi
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara
Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]