Kapal pengangkut USS Kitty Hawk jadi besi buruk, bakal dilupuskan

WASHINGTON: Sebuah kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat (AS) yang pernah menjadi lambang terbesar kuasa tentera AS di Indo-Pasifik, kini dalam perjalanan menuju ke tapak pelupusan.

Lapor CNN, USS Kitty Hawk pernah diuji dalam pelbagai pertempuran dari Vietnam hingga ke Teluk Parsi.

Malah, kapal pengangkut itu terselamat daripada insiden pertembungan dengan kapal selam Soviet.



“Zaman kegemilangan USS Kitty Hawk yang dihasilkan pada 1960 kini sudah berakhir.

“Kapal pengangkut itu dalam perjalanan dari Washington ke Texas, kira-kira 25,749 kilometer (km) yang mana ia akan dipotong dan bahagiannya dijual,” jelas laporan itu.

International Shipbreaking Limited of Brownsville di Texas membeli kapal itu daripada Naval Sea Systems Command (NAVSEA) pada tahun lalu dengan harga kurang daripada AS$1 (RM4.18).

NAVSEA bertanggungjawab menyelia pelupusan kapal perang yang sudah ‘bersara’.



USS Kitty Hawk sepanjang 319 meter itu dikatakan terlalu besar untuk melalui Terusan Panama.

“Oleh hal yang demikian, dalam beberapa bulan akan datang, USS Kitty Hawk akan berlayar di sepanjang pantai Amerika Selatan dan melalui Teluk Mexico sehingga ke destinasi terakhir,” jelas laporan itu.

USS Kitty Hawk sudah berkhidmat dengan Tentera Laut AS selama hampir 50 tahun sebelum ditamatkan operasi pada 2009.

USS Kitty Hawk merupakan kapal pengangkut pesawat terakhir yang menggunakan minyak, peninggalan zaman sebelum ketibaan kapal kelas Nimitz berkuasa nuklear.



Kapal pengangkut USS Kitty Hawk

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS



Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker