Serangan dron ke atas Arab Saudi, Malaysia kutuk sekerasnya

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan dron oleh Houthi yang menyasarkan kawasan dan kemudahan awam, termasuk ke atas lapangan terbang dan kilang penapisan minyak di Arab Saudi, baru-baru ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis menyatakan Malaysia bersimpati dengan mereka yang terjejas dalam serangan yang mengakibatkan kecederaan dan kemusnahan harta benda.

“Malaysia menolak semua bentuk keganasan dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk memperhebat usaha menamatkan permusuhan yang boleh menjejaskan keamanan serta kestabilan di rantau ini,” menurut kenyataan itu.

Malaysia mengulangi sokongannya untuk penyelesaian konflik di Yaman secara inklusif serta aman menerusi dialog dan rundingan.

Selain itu, Malaysia turut menyokong usaha Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Yaman yang bertujuan mencari penyelesaian secara damai dan aman bagi konflik di Yaman.

Media antarabangsa melaporkan, serangan dron oleh puak Houthi di Yaman yang menyasarkan lapangan terbang Raja Abdullah di sempadan bandar Jazan, Arab Saudi pada akhir Februari telah mencederakan 16 orang.

Sementara itu, pada 10 Feb, dilaporkan 12 orang awam cedera dalam serangan yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha, Arab Saudi. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker