PAU 2021: Usul segerakan PRU-15, UMNO akan putuskan malam esok

“Kita akan kumpul (pandangan) daripada lebih 190 bahagian (berkenaan usul itu),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2021 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam ini.

KUALA LUMPUR: UMNO akan memutuskan sama ada menyegerakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan diangkat sebagai usul Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu malam esok.

Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia akan diputuskan selepas mengambil kira pandangan dan kehendak akar umbi parti.

“Saya tidak tolak kemungkinan itu dan jika mereka amati ucapan saya, ia mungkin boleh diangkat nanti (sebagai usul PAU).

“Perkara ini akan diputuskan kerana kita akan bincang dalam jawatankuasa usul dan ia akan dibentangkan (malam esok).

“Kita akan kumpul (pandangan) daripada lebih 190 bahagian (berkenaan usul itu),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2021 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam ini.

Beliau berkata, biarpun UMNO menggesa supaya PRU ke-15 disegerakan, namun kuasa untuk membubarkan Parlimen masih tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong, selepas mendapat nasihat Perdana Menteri.

“Pembubaran Parlimen adalah atas perkenan baginda (Yang di-Pertuan Agong), dan yang akan menasihati baginda adalah Perdana Menteri. Kalau Yang di-Pertuan Agong perkenan bubar, maka Parlimen dibubarkan,” katanya optimis agong akan setuju jika cadangan itu dipersembah kepada baginda.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerjasama UMNO dan PAS di bawah Muafakat Nasional (MN) ketika ini masih belum berakhir.

“Belum ada tamat dan penutup walaupun sudah sampai hayat akhir (kerjasama). Kita (UMNO) perlu jelaskan kita cuma akan bersama dengan yang setia dan bukan (main) banyak kolam.

“Ini akan menyebabkan ahli UMNO sendiri dan orang ramai akan keliru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hala tuju MN yang piagamnya yang dimeterai UMNO dan PAS pada 14 September 2019.

Ditanya sama ada PAS dijemput menghadiri Perhimpunan Agung UMNO kali ini, Mohamad berkata: “Sebab kekangan tempat…tempat tidak mengizinkan, prosedur operasi standard (SOP)…cakap bersopan”.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamad menggariskan lima keperluan PRU-15 perlu segera diadakan iaitu pihak lawan dalam keadaan lemah ketika ini, persefahaman politik dalam kalangan pembangkang ketika ini sangat bercelaru, pelbagai pilihan raya semasa pandemik COVID-19 sudah berlangsung dengan berjaya dan teratur, malah menganjurkan PRU sewaktu pandemik juga dilihat sebagai pilihan terbaik.

Keempat, prestasi sebagai kerajaan sangat bergantung kepada pelbagai faktor dalam dan luaran termasuk krisis Ukraine dan Russia, ketidakpastian mengenai kemungkinan adanya ancaman pandemik baru, ketegangan hubungan Amerika Syarikat (AS) dan China serta pembukaan perlahan sempadan sehingga menjejaskan ‘global supply chain’, prestasi ekonomi Malaysia sangat terdedah kepada semua kegawatan ini.

Terakhir, Mohamad berkata, BN mesti mengembalikan mandat rakyat untuk memilih kerajaan yang sah kerana Malaysia tidak pernah ditadbir oleh kerajaan yang tidak terbentuk melalui piliha raya yang demokratik.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker