PAU 2021: Tok Mat bidas pemimpin UMNO catur pepecahan dalam parti

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, berkata ada sesetengah pemimpin Umno yang gemar mencatur perpecahan dalaman parti sehingga wujud “kluster” dan kem dalam parti itu.

Katanya budaya sebegitu boleh merencatkan Umno daripada menjelmakan potensi sebagai parti terkuat orang Melayu.

“Dalam pada itu, Umno juga tidak lari dari masalah dalaman. Ini adalah lumrah pergerakan politik. Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula pergerakan politik dengan jutaan dukungan ahli.

“Namun ia tidak boleh dibiarkan. Jika tidak, ia akan menyekat Umno daripada menjelmakan potensi besar yang dimilikinya untuk menjadi suara politik sebenar bangsa Melayu.

“Malangnya bukan kita tak tahu, antara kita ada yang sangat gemar mencatur perpecahan dalam Umno. Sehingga muncul segala macam puak, ‘kluster’ itu dan kem ini.

“Semuanya datang dari dalam Umno sendiri,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan sayap Umno, di Pusat Dagangan Dunia (WTC), malam ini.

Mohamad berkata telah tiba masanya semua orang Melayu, kembali ke pangkuan Umno.

Katanya, cukuplah orang Melayu bersaing dengan memudaratkan bangsa dan Umno perlu jadikan satu-satunya wadah paling berpengaruh, paling kuat dan paling unggul untuk politik Melayu.

Dalam itu Mohamad yang juga Adun Rantau mengingatkan ahli parlimen Umno supaya tidak menentukan jalan sendiri yang bercanggah dengan kepimpinan parti.

“Para perwakilan yang dikasihi. Saya mesti ingatkan, saya perlu nyatakan, ahli Parlimen kita pula janganlah menentukan jalan sendiri.

“Janganlah bercanggah nyata dengan pendirian kepimpinan parti. Sesungguhnya sebagai parti yang hendak kembali kuat, Umno tidak akan membenarkan sesiapa juga melupakan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat yang mewakili Umno.

“Bukan mewakili kelompok tertentu dan pemimpin tertentu,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker