‘Dada Tersembul’ Model Croatia tonton Piala Dunia dilarang bergambar

Knoll dilarang petugas keselamatan untuk bergambar dengan peminat di stadium. – AGENSI

DOHA, Qatar – Seorang model dari Croatia dihalang bergambar dengan peminat ketika menonton Piala Dunia 2022 kerana mengenakan pakaian yang bertentangan dengan peraturan Qatar, lapor portal berita MailOnline semalam.

Model Instagram, Ivana Knoll ketika kejadian, sedang meraikan kemenangan mengejut skuad Croatia pada suku akhir perlawanan menentang Brazil dengan mata 4-2.

Knoll hadir semasa perlawanan penting Croatia dan Brazil di Al Rayyan semalam di mana kedua-dua negara bertungkus-lumus merebut posisi di peringkat separuh akhir.

Dia mendakwa bahawa petugas keselamatan Qatar melarangnya bergambar dengan peminat selepas kemenangan pasukan negaranya menentang Brazil.

Semasa perlawanan pembukaan, sekumpulan peminat Qatar tersenyum lebar ketika merakam  gambar Knoll yang memakai bikini merah putih dan berseluar ketat ketika dia menuruni tangga.

“Mereka tidak membenarkan peminat merakam  gambar dengan saya atau bergambar di atas pagar di sini.

“Saya kemudian bertanya kepada mereka mengapa mereka begitu biadap,” katanya kepada akhbar Bild.

Knoll telah mengumpul 1.8 juta pengikut di laman  Instagram sejak dua minggu lalu selepas menarik perhatian peminat seluruh dunia semasa Piala Dunia.

Pakaiannya bertentangan dengan undang-undang kesopanan Qatar, yang menggesa wanita menutup bahu dan mengelak daripada memakai skirt pendek.

Bintang media sosial itu tidak mematuhi arahan sehingga dihalang oleh pihak keselamatan pada ketika sedang berseronok. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker