Ribuan rakyat Rusia terkandas di Thailand, buntu cari jalan keluar

Ribuan rakyat Rusia terkandas di Thailand, buntu cari jalan keluar

RIBUAN pelancong Rusia di Thailand buntu mencari jalan pulang ketika sekatan antarabangsa dikenakan terhadap negara itu dan rakyatnya susulan serangan di Ukraine.

Menurut Timbalan Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT), Chattan Kunjara Na Ayudhya, seramai 3,100 warga Rusia kini terkandas di Phuket, manakala lebih 2,000 di Samui dan beberapa kelompok lagi di Krabi, Phangnga dan Bangkok.

Bagaimanapun, pihak berkepentingan sedang berusaha untuk membantu mereka yang ingin pulang, termasuk sesi perbincangan mengenai penerbangan pergi balik sama ada menerusi penerbangan biasa atau penerbangan khas.

Walaupun Thailand tidak menyekat penerbangan dari Rusia, namun sekatan ruang udara antarabangsa menyaksikan pembatalan banyak penerbangan ke negara itu.

Ia memaksa pelancong dari Rusia mencari laluan alternatif untuk pulang, seperti melalui Asia Barat dengan syarikat penerbangan yang berbeza.

Memburukkan keadaan, ramai pelancong Rusia kini tidak boleh membuat aktiviti pembayaran susulan sistem Visa dan Mastercard yang menggantung operasi rakyat Rusia.

Di sebalik kesempitan itu, komuniti tempatan di Thailand tidak hanya membiarkan warga Rusia tiada hala tuju.

Ada yang menghulurkan bantuan dengan menampung kos perbelanjaan seperti seorang wakil gereja, Archimandrite Oleg yang membantu keluarga yang terkandas di Koh Samui dengan empat orang anak yang perlu ditanggung.

Untuk rekod, kira-kira 23,000 warga Rusia memasuki Thailand pada Januari tahun ini dan pelancong dari Rusia sebelum ini menjadi kumpulan pelancong ketujuh terbesar, dengan kira-kira 1.5 juta melancong ke Thailand pada 2019.-AA

Ribuan rakyat Rusia terkandas di Thailand, buntu cari jalan keluar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker