Undi Popular PRN Johor: BN tempat pertama, PH ketinggalan dibelakang PN

Barisan Nasional (BN) mendahului undi popular pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam dengan meraih 599,753 undi atau 43.11 peratus.

Ia diikuti Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 334,457 undi atau 24.04 peratus dan Pakatan Harapan (PH) dengan 284,969 (20.48 peratus) undi.

PKR yang bertanding menggunakan logo sendiri pada kali ini memperoleh 82,556 undi atau 5.93 peratus manakala parti MUDA buat pertama kali ke gelanggang pilihan raya memperoleh 48,072 atau 3.46 peratus undi.



Undi popular merujuk kepada jumlah undi diraih oleh setiap parti atau gabungannya.

Sementara itu, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pula memperoleh 18,692 undi atau 1.34 peratus, Bebas dengan 10,007 (0.72 peratus) undi, WARISAN (6,523 atau 0.47 peratus) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) meraih 4,880 (0.35 peratus) undi.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula meraih 997 (0.07 peratus) undi dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dengan 247 atau 0.02 peratus undi.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata peratusan undi popular yang memihak kepada BN adalah hasil pengundi setia dan mahu gabungan itu mengambil alih semula urus tadbir negeri.



Beliau berkata prestasi popular Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad yang membawa konsep Keluarga Malaysia ke negeri Johor banyak menyumbang kepada undi berkenaan.

“Hasni juga dilihat banyak membantu golongan terkesan akibat COVID-19 terutama peniaga Cina di negeri itu dengan pelan-pelan yang diaturkan di bawah kepimpinannya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, hubungan Hasni yang melangkau pelbagai etnik juga melengkapkan kejayaan BN di PRN itu.

Mengulas mengenai undi popular PN yang lebih tinggi daripada PH walaupun PH memenangi lebih banyak kerusi, Sivamurugan berkata dengan sistem first past the post yang diamalkan di negara ini, jumlah itu katanya tidak melambangkan jumlah kerusi dimenangi.



“Prestasi undi PH yang sebelum ini selalunya tinggi daripada parti lain juga perlu dikaji, mereka perlu melakukan pascanilai ke atas pengurangan undi itu, ia agak memeranjatkan,” katanya.

Keputusan PRN semalam menyaksikan BN kembali melebarkan penguasaannya apabila memperoleh mandat besar lebih dua pertiga majoriti apabila memenangi 40 kerusi Dewan

Undangan Negeri (DUN), dengan UMNO memenangi 33 kerusi DUN, manakala MCA empat, dan MIC tiga.

Ia diikuti dengan PH (11), PN (tiga), MUDA (satu) dan PKR (satu).



PRN Johor kali ini menyaksikan 239 calon daripada 15 parti politik bertanding merebut 56 kerusi DUN, dan 1,426,573 orang atau 54.92 peratus mengundi.

– Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker