Tuntut Keadilan! Tak Puas Hati Hasil Siasatan, 2,000 Peminat Tangmo Nida Buat Demonstrasi

Tuntut Keadilan! Tak Puas Hati Hasil Siasatan, 2,000 Peminat Tangmo Nida Buat Demonstrasi

SEKUMPULAN lebih 2,000 peminat mendiang aktres Tangmo Nida dilaporkan membuat demonstrasi sebagai tanda protes terhadap hasil siasatan kematian bintang pujaan mereka itu.

Para peminat yang memulakan gerakan protes tersebut pada Jumaat, dikatakan telah melakukan demonstrasi di hadapan Balai Polis Thailand pada Sabtu.



Bangkok Post melaporkan aksi protes tersebut dilakukan sebagai bantahan sekali gus menuntut keadilan terhadap keputusan dan hasil siasatan kematian Tangmo yang disifatkan sebagai tidak telus.

Dalam demonstrasi tersebut, para peminat Tangmo diminta memakai pakaian hitam dan putih.

Terdahulu, polis mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penyiasatan kematian Tangmo yang jatuh dari bot laju pada 24 Februari lalu di Sungai Chao Pharaya tidak mempunyai unsur jenayah dan hanya sebuah kemalangan.

Pihak foreksik dan doktor kemudian menerusi keputusan autopsi mendakwa tiada sebarang kecederaan berat pada bahagian kepala akibat objek tumpul atau kehilangan gigi. Sebaliknya, hanya terdapat kesan calar dan luka besar pada bahagian paha aktres tersebut.



Mendengarkan keputusan keputusan tersebut, para peminat berasa ada ketidaktelusan dalam penyiasatan yang dilakukan terhadap Tangmo.

Mereka percaya kematian idola mereka tersebut ada kaitan dengan unsur jenayah.

Jasad Tangmo ketika ini berada di Gereja Liberty Bangkok dan boleh dikunjungi keluarga, sahabat serta masyarakat sejak 11 Mac sebelum dibakar pada 14 Mac ini.



Walaupun pendaftaran untuk pemakaman Tangmo selama tiga hari sudah penuh, upacara peringatan tersebut disiarkan melalui akaun Facebook Church of Joy dan saluran YouTube CJConnect.

Tuntut Keadilan! Tak Puas Hati Hasil Siasatan, 2,000 Peminat Tangmo Nida Buat Demonstrasi



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor



Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker