PRN Johor: Kaum India kembali sokong BN – MIC

PRN Johor: Kaum India kembali sokong BN – MIC

Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan pengiktirafan rakyat negeri itu terhadan gabungan berkenaan, selain tanda pengundi India kembali kepada BN.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, berkata kemenangan itu juga membuktikan rakyat berbilang kaum memberi sokongan padu kepada calon-calon BN.



“Apa yang kita kerap nyatakan beberapa tahun kebelakangan ini bahawa undi kaum India telah balik ke pangkuan BN bukan lagi satu retorik.

“Ini yang berlaku dalam pilihan raya di Melaka dan Johor… mudah-mudahan dapat juga kita merasai sokongan kaum India untuk parti BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang,” dakwanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan Tabung Pendidikan India Negeri Perak di Sungai Siput, pada Ahad.

Menurutnya, MIC juga menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukan masa yang sesuai mengadakan PRU15.

Katanya, kepimpinan tertinggi BN juga akan membincangkan mengenai pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen menjelang PRU15.



Beliau menegaskan MIC tidak akan meminta-minta kerusi semata-mata hanya untuk bertanding.

“Sebaliknya, apa yang paling penting ialah permintaan itu mestilah berlandaskan kepada peluang untuk menang yang tinggi,” katanya.-AA

PRN Johor: Kaum India kembali sokong BN – MIC

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor



Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker