Prestasi buruk PN, Peja tolak untuk ganti Muhyiddin

Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata dia akan terus menyokong presiden Muhyiddin Yassin selepas dia menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan setelah prestasi buruk Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Johor.

“Perjuangan Muhyiddin mesti diteruskan. Saya akan tetap menyokong kepimpinannya.

“Seluruh kepimpinan Bersatu di semua peringkat juga turut mendokong setiap yang beliau perjuangkan,” katanya di Twitter hari ini. Dia turut menanda Muhyiddin dalam ciapannya.

Sebaik keputusan PRN Johor diumumkan semalam, Muhyiddin yang juga pengerusi PN berkata dia sedia untuk melepaskan jawatannya.

“Kalau nak tukar (kepimpinan) saya terima. Kita amalkan sistem progresif. (Jawatan pengerusi) Bukan hak saya, (tapi) keputusan parti atau kepimpinan parti komponen PN,” katanya kepada pemberita di pusat operasi PN di Senai.

PN bertanding di kesemua 56 kerusi namun hanya menang tiga, iaitu di Maharani, Endau dan Bukit Kepong. DUN Maharani dimenangi PAS manakala dua kerusi lagi dimenangi Bersatu.

Sebelum pembubaran DUN, PN memegang 12 kerusi di Johor dan bersama-sama BN – yang memiliki 16 kerusi – dalam kerajaan negeri.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker