Parti Gerakan Melukut Di tepi Gantang

Oleh Nurul Aisyah

PARTI Gerakan dilihat cuba menjadi “Hero” mempertahankan Muhyiddin Yassin.  Datuk Seri Najib menerusi peguamnya akan menfailkan saman berkenaan dakwaan Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana terdapat pihak yang ‘rakus’ kuasa demi jawatan nombor satu negara.

Tanpa usul periksa, Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata akan menghantar wakil peguam untuk membantu Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangannya, Wan Saiful Wan Jan berikutan kes saman tersebut.



“Saya ingin bertanya kepada Najib, mengapa beliau mahu melenting adakah terasa bahawa itu adalah dirinya? Siapa makan cili dia rasa pedaslah, kata Dominic.

Tindakan Dominic tersebut dilihat sebagai sangat gelojoh dan melampau.

Dalam facebook Najib Razak, beliau menjawab tuduhan Gerakan tersebut

Sebab Ketua Penerangan PPBM/PN sudah merujuk ucapan Muhyiddin untuk sebut nama saya.



Jadi, saya mahu mereka keluarkan bukti dalam mahkamah.

Barulah adil kerana kita tak patut halalkan fitnah.

Dan sebab itu, presiden Gerakan perlu faham isu sebelum berniat jadi hero.



Ramai yang tertanya-tanya atas alasan apakah, parti Gerakan menyokong Muhyiddin tanpa usul periksa.

Untuk makluman, prestasi parti Gerakan sangat buruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei 2018. Mereka gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen berbanding satu kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Akhirnya, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengumumkan keluar dari Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti bebas.

Buat pertama kali parti Gerakan bertanding selepas keluar daripada BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai untuk medan menguji sokongan rakyat terhadap mereka.PRK itu juga dianggap menguji kekuatan ahli serta jentera parti yang ada untuk persiapan menjelang pilihan raya umum akan datang selain mengukur kesepaduan ahli yang berbilang kaum.



Calon GERAKAN, Wendy Subramaniam daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hanya mampu meraih (1,707). Beliau hilang wang deposit. Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi PRK itu dalam pertandingan enam penjuru dengan majoriti 15,086 undi, selepas memperoleh 25,466 undi.

Parti Gerakan dilihat sebagai parti yang melukut di tepi gantang. Dalam keadaan mereka yang gagal memenangi sebarang kerusi dalam PRU 14 yang lalu, mereka cuba jadikan Muhyiddin sebagai “batu loncatan”. Tambahan pula, calon mereka kalah teruk pada PRK Tanjung Piai yang lalu.  Nasihat ikhlas kami, Jangan sampai sokong bawa rebah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker