Khalid Samad dari buta warna ke buta saiz – Najib

Najib persoal yayasan diterajui Khalid Samad

Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan kecelaruan sebuah yayasan yang dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Ini kerana, menurut Najib, yayasan itu seolah-olah tidak peka dengan bentuk bantuan yang disalurkan kepada penerima bantuan yang terdiri daripada murid kategori miskin.

“Apa hal yayasan dipengerusikan Khalid Samad bagi seluar saiz pinggang 38 inci dan kasut bayi sebagai bantuan murid miskin sekolah rendah Cina?

“Beli pakai Harapan Coin ke? Ahli Parlimen DAP sudah tegur serta minta penjelasan mengapa wang rakyat dibazir begitu sahaja. Hari itu rabun warna, hari ini rabun saiz,” katanya menerusi kenyataan dalam Facebook rasminya di sini malam ini.

Najib yang semakin mendapat jolokan sebagai Raja ‘Troll’ sejak akhir-akhir ini turut menyindir Khalid supaya menukar kaca mata serta merta.

“Saya rasa ada perlu Menteri tukar kaca mata dengan serta-merta. Kurangkan makan petai dan ‘troll’ yang tidak menjadi.

“Buatlah kerja dengan betul-betul, wahai Menteri,” perlinya. -UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker