Jamal Abdilah Diserang Strok Lumpuh Separuh Badan Sejak Dua Bulan Lalu

Jamal Abdilah Diserang Strok Lumpuh Separuh Badan Sejak Dua Bulan Lalu

Keluarga seorang pekerja ladang kelapa sawit di Taman Agropolitan Rantau Manis di sini bergantung kepada ihsan saudara mara dan jiran-jiran untuk makan minum selepas lelaki itu diserang strok sejak dua bulan lalu.

Kesusahan itu terpaksa ditanggung Jamal Abdilah Mohammad, 41, bersama isterinya, Eshah Samat, 51, serta dua anak mereka kerana dia tidak mampu lagi mencari rezeki apabila lumpuh sebelah kiri badan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Jamal Abdilah berkata, sebelum ini, dia mampu meraih pendapatan sehingga RM1,500 sebulan dengan bekerja di ladang kelapa sawit.

Selepas ditimpa sakit, katanya, kesemua duit simpanan yang ada telah habis digunakan untuk membeli keperluan dapur serta perbelanjaan sekolah anak-anak mereka yang berumur 11 dan 17 tahun.

“Saya berasa sangat sedih dengan keadaan yang menimpa diri sehingga tidak mampu membuat sebarang kerja berat.

“Saya berharap dapat sembuh seperti dahulu untuk bekerja semula mencari rezeki untuk keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Sementara itu, Eshah berkata, biarpun sedih dengan nasib menimpa suami, dia bersyukur apabila saudara-mara, rakan-rakan serta jiran tetangga sudi membantu keluarga mereka dalam kesusahan.

“Suami perlu menjalani pemeriksaan di Hospital Gua Musang setiap minggu kerana turut menghidap kencing manis. Saya sudah buat permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun, belum diluluskan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua kenalan yang sudi membantu dengan memberi wang untuk kami membeli makanan. Hanya Allah dapat membalas jasa semua,” katanya.-UO

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Eshah di talian 011-25123050 atau salurkan sumbangan ke akaun Agrobank miliknya bernombor 2005951000078387. 
Jamal Abdilah Diserang Strok Lumpuh Separuh Badan Sejak Dua Bulan Lalu
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker