Lori kontena dialih selepas 5 hari ‘tergantung’
Lori kontena dialih selepas 5 hari ‘tergantung’
KAMPAR: Selepas lima hari ‘tergantung’ di Jalan Kampung Sungai Peria, Sahom, di sini, sebuah lori kontena yang terbabas dalam kejadian nahas pada 3 Mac lalu dialihkan pada Selasa.
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, kerja-kerja pengalihan lori kontena tersebut dilakukan oleh pihak Projek Lebuh raya Utara Selatan (PLUS).
“Alhamdulillah, pihak PLUS sudah pun memindahkan lori kontena berkenaan yang menghalang jalan ke Kampung Sungai Peria itu.
“Jalan tersebut kini boleh dilalui penduduk setempat seperti biasa,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Sementara itu, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Kampar, Mohd Azlan Helmi berkata, pihaknya turut menghantar traktor untuk membersihkan sisa lori kontena di sepanjang jalan tersebut.
Menurutnya, tindakan itu dilakukan bagi memastikan jalan tersebut benar-benar selamat untuk dilalui kenderaan ke Kampung Sungai Peria itu.
“Kita masih menuntut penjelasan mengapa masa terlalu lama diambil untuk mengalihkan lori kontena tersebut sedangkan situasi melibatkan ancaman nyawa penduduk.
“Kejadian seumpama ini tidak seharusnya berulang pada masa akan datang. Tindakan segera perlu diambil tanpa mengira kawasan kampung atau kawasan bandar bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.
Mohd Azlan sebelum ini bersama-sama penduduk meninjau keadaan itu selepas menerima aduan bahawa lori kontena tersebut masih belum dialihkan menyebabkan beberapa kenderaan yang berada di kampung tersebut terperangkap.
Pada 6 Mac lalu, media melaporkan kira-kira 100 penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Peria, Sahom di sini berdepan risiko dihempap kenderaan berat kerana lori kontena yang terjunam dalam kejadian kemalangan itu masih belum dialihkan.
Disebabkan kejadian itu, hanya motosikal yang boleh melalui jalan itu kerana sebahagiannya terhalang oleh kenderaan berat itu.
Menurut penduduk, jalan berkenaan merupakan satu-satunya jalan ke kampung tersebut malah penduduk dan pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa mengambil risiko untuk keluar ke pekan dan sekolah.
Dalam kejadian 3 Mac lalu, sebuah lori kontena dengan muatan batu kapur terjunam ke dalam gaung setinggi 10 meter dalam kejadian kemalangan di KM306 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini.
Kejadian kemalangan itu juga menyebabkan laluan ke Kampung Orang Asli Sungai Peria, Sahom, di sini terhalang kerana bahagian kepala lori menutup terowong di laluan tersebut.-SH
Lori kontena dialih selepas 5 hari ‘tergantung’
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin kata pengundi Cina jangan takut, PAS sudah tinggalkan Hudud
- Tok Mat lipat Tajuddin
- Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]
Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.