BN Sayang FELDA, Peneroka – PM
BN Sayang FELDA, Peneroka – PM
Kejayaan yang dinikmati FELDA hari ini adalah usaha berterusan pemimpin Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, FELDA tidak akan wujud tanpa perjuangan Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang mahu menangani sekali gus membasmi kemiskinan luar bandar khususnya dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera.
“Kejayaan yang kita kecapi hari ini adalah hasil perjuangan pemimpin BN dahulu. Namun kita tak nak minta (diberi ucapan) terima kasih seperti orang lain buat kerana yang penting kita perlu sedar kejayaan FELDA hasil perjuangan BN dari dulu hingga kini.
“Ramai yang mendakwa mereka bertanggungjawab, sayang dan berjasa kepada FELDA tetapi hakikat sebenar perkara itu ada dalam kalangan BN dan pemimpinnya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Majlis Transformasi Perladangan FELDA di FELDA Endau, di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, terdapat pemimpin yang kini berada dalam parti lain sebenarnya bercadang untuk melakukan sesuatu terhadap FELDA, namun usaha itu tidak berjaya.
“Saya nak beritahu rahsia bahawa saya dimaklumkan Pengerusi PEJUANG (Parti Pejuang Tanah Air), Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu nak swastakan FELDA sebelum Lembaga Letrik Malaysia (LLM) menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Sebenarnya sebelum ada TNB, FELDA pun nak diswastakan tapi tak berjaya sebab itu beliau agak kecewa dan mulai tarikh itu beliau buat keputusan tidak beri lagi bantuan kewangan kepada FELDA yang akhirnya perlu hidup sendiri dan berusaha mencari wang sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan kerajaan sudah meluluskan 3,000 tapak rumah generasi kedua di Johor dengan peruntukan RM60 juta bagi dana pembangunan infrastruktur projek itu.
Malah katanya, kerajaan juga mewujudkan semula Tabung Usahawan Belia FELDA dengan dana permulaan sebanyak RM10 juta yang berupaya melonjakkan taraf sosio ekonomi generasi baharu FELDA, selain menjadi pemangkin aktiviti ekonomi di kawasan tanah rancangan itu.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan komited dalam mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing di ladang FELDA melalui penggunaan teknologi dan Internet of Things (IoT).
Katanya, kerajaan sedang menangani isu kebergantungan buruh asing itu dengan merangka strategi komprehensif menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Beliau berkata, di sebalik kegembiraan peningkatan harga yang tinggi, industri sawit berdepan dengan cabaran yang menjejaskan pengeluaran buah tandan segar seperti kekurangan buruh ladang selepas pandemik Covid-19.
“Ia mengakibatkan minyak sawit berkurangan hampir satu juta tan pada 2021 berbanding tahun sebelumnya.
“Supaya tidak kerugian dalam jangka masa panjang, kerajaan sedang menanganinya dengan merangka strategi komprehensif menerusi RMK-12 yang turut menumpukan usaha mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing melalui penggunaan teknologi dan IoT.
“Revolusi Industri 4.0 perlu menjadi sebahagian keutamaan setiap industri dan agensi supaya kita tidak ketinggalan dalam kegiatan ekonomi bernilai tinggi.
“Empat teras strategi dasar mekanisasi FELDA misalnya akan membantu mengurangkan 50 peratus penggunaan buruh, meningkatkan produktiviti sehingga 30 peratus dan mengurangkan kos operasi ladang sebanyak 20 peratus dan semua ini akan memberi impak dan manfaat besar kepada warga FELDA,” katanya.
BN Sayang FELDA, Peneroka – PM
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin kata pengundi Cina jangan takut, PAS sudah tinggalkan Hudud
- Tok Mat lipat Tajuddin
- Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]
Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]