Hujan lebat luar biasa punca banjir kilat di Kuala Lumpur
Hujan lebat luar biasa – itu punca berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi di Kuala Lumpur semalam, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air itu, hujan lebat tersebut berlaku berterusan selama dua jam dan ia menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak mampu menampung aliran air dalam kapasiti tinggi.
Katanya hujan lebat itu berlangsung dari jam 2.30 petang dan bacaan yang tinggi direkodkan di Stesen Taman Desa Smart (106.5mm) dan Stesen Air Panas (155mm).
“Aras air Sungai Gombak di Stesen Jalan Tun Razak adalah pada aras bahaya dengan bacaan 31.99mm manakala bacaan Sungai Gombak di Jalan Parlimen dan Sungai Klang di Stesen Jambatan Tun Perak masing-masing berpada pada paras 30.38mm dan 30.12mm,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Tambah timbalan presiden PAS itu lagi dianggarkan 103 rumah di sekitar Kampung Periuk dan Kamping Pasir Baru terjejas.
Katanya semua infrastruktur sistem kawalan banjir di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan seperti rumah pam, pintu kawalan air, siren, kolam takungan dan lencongan banjir beroperasi dengan baik mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.
“Lencongan Terowong Smart diaktifkan kepada mod 2B pada jam 3.40 petang, mod 2 pada 3.58 petang dan seterusnya mod 3 pada jam 4.44 petang,” katanya lagi.
Bagi mengurangkan risiko banjir, kata Tuan Ibrahim, JPS Wilayah Persekutuan sedang melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf kolam takungan banjir di sekitar Kuala Lumpu.
Ia katanya lagi termasuklan Kolam Takungan Batu.
Kata Tuan Ibrahim orang ramai diseru sentiasa berhati-hati dan peka dengan bunyi siren amaran banjir bagi memantau keadaan cuaca.
“Sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin kata pengundi Cina jangan takut, PAS sudah tinggalkan Hudud
- Tok Mat lipat Tajuddin
- Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]
Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]
Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin
Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat