PRN Johor: Perikatan Nasional Tidak Akan Lantik MB Dari PAS

Oleh Megat Terawih

Walaupun belum diumumkan siapa calon MB bagi Perikatan Nasional (PN), ramai penganalisis politik tempatan sudah boleh mengagak bahawa calon PAS tidak akan disenaraikan.

Muhyiddin tahu betapa PAS tidak mendapat sambutan di Johor sejak sekian lama dan sekiranya beliau menamakan calon PAS sebagai menteri besar sekiranya blok mereka menang di pilihanraya negeri Johor maka itu boleh membantu calon PAS memenangi sekurangnya satu kerusi.



Namun Muhyiddin yang diketahui di kalangan partinya sendiri bahawa beliau adalah seorang yang tamak kuasa. Tidak semudah itu Muhyiddin ingin serahkan kerusi dan kuasa penting di Johor.

Muhyiddin hanya ingin menggunakan jentera PAS yang dibawa dari Kelantan, Terengganu dan Kedah. PPBM tiada jentera di lapangan. Jentera PAS termasuk sayap wanita yang dilihat mengendong anak kecil berjalan rumah ke rumah mengedar bahan kempen. Jentera PPBM kebanyakannya berada di hotel mewah dan bertugas di bilik gerakan sahaja.

Ada sumber mengatakan Muhyiddin tidak yakin boleh menang di Johor namun akan sanggup bergabung dengan DAP, PAN dan PKR sekiranya perlu untuk tubuhkan kerajaan. Akhirnya PAS yang dilihat anti pakatan harapan bakal menerima DAP seperti mana mereka pernah bersama di dalam pakatan rakyat dahulu.

Menurut penganalisis politik tempatan lagi, tidak sukar bagi pemimpin PAS untuk membuatkan ahli mereka menerima DAP kerana PAS memang terkenal dengan kemampuan mengeluarkan ‘dalil auto’.



Bangsa Johor berhati-hati dengan kumpulan penunggang agama.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker